Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nok.tur.nal] | نوکتورنل

Definisi : aktif pd waktu malam (bkn bi­natang dsb): burung hantu ialah burung ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nok.tur.nal] | نوکتورنل

Definisi : ist aktif pd waktu malam (bkn binatang): Kebanyakan burung pungguk ialah haiwan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nokturnal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nocturnal animalhaiwan nokturnalVeterinarPraklinikalHaiwan yang aktif pada waktu malam untuk mencari makanan atau memburu mangsa. Contoh haiwan nokturnal ialah tikus; katak; kelawar dan burung hantu.
nocturnalnokturnalBiologiEkologi1. Berkaitan dengan haiwan yang aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang, misalnya kelawar. 2. Berkaitan dengan bunga yang didebungakan oleh haiwan nokturnal, iaitu bunga yang mekar pada waktu malam, misalnya beremban, Duabanga grandiflora.
nocturnalnokturnalPerikananTiadaHaiwan yang mempunyai tabiat mencari makanan pada waktu malam. Kebanyakan ikan mempunyai tabiat seperti ini, terutamanya ikan demersal seperti ikan pari, kerisi, ikan merah dan belut.
nocturnal enuresisemersis nokturnalPerubatanTiadaPerbuatan kencing tanpa disedari hingga membasahi tilam di waktu malam.
radiation inversionsongsangan sinaranKejuruteraanTiadaFenomena nokturnal yang udara lapisan atasnya lebih panas daripada bahagian bawah disebabkan kadar pendinginan tidak seragam antara bumi dengan udara di atasnya.
night drivespandu malamUmumTiadaAktiviti ekspedisi pada waktu malam utk melihat haiwan nokturnal dengan menaiki kenderaan dalam kawasan itu. Aktiviti ini popular di Afrika Selatan.
compound eyemata majmukBiologiHistologi dan SitologiMata serangga dan krustasea yang banyak mengandungi unit penglihatan yang disebut omatidium. Jumlah omatidium ini di antara puluh seperti pada semut hingga ke beberapa ribu seperti pada pepatung. Apabila jumlahnya banyak, unit-unit ini akan membentuk heksagonal, tetapi apabila hanya sedikit akan membentuk bulatan. Setiap omatidium terdiri daripada lensa kutikel yang mengandungi kon hablur dan sebuah retinul atau sekumpulan sel yang peka cahaya. Keseluruhan mata berbentuk cekung atau separa sfera apabila puncak-puncak kon menumpu ke arah saraf optik di pusat pigmen hitam. Biasanya setiap kon ini diselubungi pigmen hitam yang membolehkan serangga menerima bayang berbentuk mozek, iaitu bayang yang dibina daripada bintik-bintik. Kadangkala selubung pigmen ini boleh mengecut sehingga bayang menjadi terang tetapi menjadi kabur disebabkan pertindihan cahaya, seperti yang biasa terdapat pada serangga nokturnal.

Kembali ke atas