normal goods | barang normal | Ekonomi | Tiada | Barang yang mempunyai keanjalan pendapatan yang positif, iaitu kuantiti yang diminta bertambah apabila pendapatan pengguna berubah, ceteris paribus. Barang normal kadang-kadang dikenali juga sebagai barang atasan. |
normal risk | risiko normal | insurans | Tiada | Risiko insurans yang berhak mendapatkan perlindungan insurans mengikut pengunderaitan yang lazim tanpa pengkadaran tambahan atau larangan khas. |
normal operation | kendalian normal | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Operasi dalam keadaan pengehad pengendalian. |
normal-error curve | keluk ralat normal | Kimia | Kimia Analisis | Keluk berbentuk loceng yang menunjukkan kebarangkalian suatu nilai yang berbeza daripada min pada keadaan biasa. Ia juga dikenali sebagai keluk biasa taburan Gaussan dan keluk taburan normal. |
hyperlipidemia | hiperlipidemia | Kejururawatan | Tiada | Kehadiran lemak yang terlalu tinggi dalam darah melebihi tahap normal. Tahap lemak yang normal adalah antara 4 hingga 10 gm/L |
hypercholesterolemia | hiperkolesterolemia | Kejururawatan | Tiada | Kehadiran kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah yang melebihi tahap normal. Tahap kolesterol yang normal adalah antara 3.5 hingga 6.7 mmol/L. |
normal reaction force | daya reaksi normal | Sains Sukan | Biomekanik | Daya yang bertindak secara bersudut tepat antara permukaan yang bersentuhan. |
normal beam probe | prob alur normal | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Prob yang menunjukkan paksi alur ultrasonik adalah tegak lurus dengan permukaan objek yang diuji. Prob ini sering digunakan untuk mengukur ketebalan dan mengesan kecacatan bahan. |
activity of daily living | aktiviti hidup harian | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan |
harmonious abnormal retinal correspondence | kesepadanan retina tak normal harmoni | Sains Kesihatan | Tiada | Kesepadanan retina tidak normal yang dicirikan dengan sudut anomali sama dengan sudut sisihan objektif. |