protest note | surat protes | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan protes yang dijalankan dalam bentuk nota atau surat. Nota ini akan diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti oleh individu, kumpulan atau organisasi sebagai membantah suatu dasar yang dilaksanakan oleh badan tersebut. Surat protes ini menyatakan sebab-sebab bantahan dan memaklumkan kehendak mereka. Surat ini boleh diserahkan melalui pos atau dengan tangan secara beramai-ramai kepada pihak berkenaan. Contohnya, nota yang diserahkan oleh ABIM kepada kedutaan Amerika Syarikat sebagai bantahan mereka terhadap tindakan tentera negara tersebut menyerang Iraq pada tahun 2003. |
notification note | nota notifikasi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Lihat nota pemberitahuan. |
sticky note | nota lekat | Umum | Tiada | Kertas kecil yang melekat pada satu sisi dan digunakan untuk menulis nota serta diletakkan sementara di dinding, dalam buku dan sebagainya. |
notification note | nota pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sijil beserta dengan nombor pemberitahuan untuk sesuatu produk kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kepada pemegang pemberitahuan kosmetik. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan harus mendapatkan nota pemberitahuan daripada Pengarah Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) sebelum mengeluar, menjual, membekal, mengimport atau memiliki sebarang produk kosmetik. Sinonim nota notifikasi. |
notification validity period | tempoh kesahan pemberitahuan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Jangka masa sah sesuatu nota pemberitahuan bagi produk kosmetik. Di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan produk kosmetik adalah selama 2 tahun. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab memastikan tempoh kesahan pemberitahuan produknya di pasaran. Pembaharuan nota pemberitahuan hendaklah dilakukan tidak lewat dari sebulan sebelum tamat tempoh produk. Sinonim tempoh kesahan notifikasi. |
banker's discount | diskaun jurubank | Ekonomi | Tiada | Perbezaan antara nilai muka bil pertukaran atau nota janji, yang dibeli oleh bank daripada pelanggannya dengan jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pelanggan bank tersebut. Perbezaan ini merupakan diskaun yang dipotong oleh bank dan faedah yang dikenakan terhadap tempoh masa pemegangan bil pertukaran atau nota janji sebelum bil itu boleh dibayar, dan dicampurkan pula dengan caj yang dikenakan terhadap darjah risiko yang terlibat. |
cover note | nota lindung | insurans | Tiada | Kenyataan yang dikeluarkan oleh insurer atau wakilnya yang menyatakan bahawa perlindungan telah pun berkuat kuasa. |
end note | nota hujung | - | Tiada | Rujukan, keterangan atau ulasan yang diletakkan di hujung sesebuah artikel, tesis, kertas penyelidikan, bab buku atau buku. |
foot note | nota kaki | - | Tiada | Rujukan, keterangan atau ulasan yang diletakkan di bahagian bawah pada halaman sesebuah artikel, tesis, kertas penyelidikan, atau buku. |
mortgage note | nota gadai janji | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |