Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.jum] | نجوم

Definisi : 1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, per­bintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn me­lihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, me­ramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.jum] | نجوم

Definisi : 1 ilmu bintang utk melihat nasib orang. 2 = ahli ~ orang yg pan­dai melihat nasib seseorang atau mem­buat ramalan dgn melihat bin­tang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). 3 = kitab ~ kitab yg digunakan utk membuat ramalan atau utk melihat nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nujum (kata nama)
1. Bersinonim dengan ilmu bintang: perbintangan, ilmu tenung, ilmu ramalan,

2. Dalam konteks ahli nujum
bersinonim dengan tukang renung, penilik, tukang tilik,

Kata Terbitan : menujumkan, nujuman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oraclenujumKesusasteraanTiadaWatak Tok Nujum yang dapat meramalkan masa hadapan dalam karya sastera. Watak ini biasanya ditemui dalam karya drama. Ramalan nujum boleh mencorak nasib watak dan menggerakkan aksi dramatik. Dalam tragedi Yunani, ramalan tersebut dikenali sebagai oracle yang menjadi saluran untuk menyampaikan ramalan kepada dewa. Raja dan watak utama dalam tragedi Greek selalunya meminta nujumnya merujuk kepada Dewa Apollo untuk mengetahui nasib dan ramalan masa hadapan.

Kembali ke atas