Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.kléar] | نوکليار

Definisi : (nukléar) berkaitan dgn nukleus atom; peperangan ~ peperangan yg memakai sen­jata dgn tenaga atom; senjata ~ senjata yg menggunakan tenaga atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.kléar] | نوکليار

Definisi : /nukléar/(ttg) tenaga atom. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nuklear


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nuclear security eventperistiwa sekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeristiwa yang memberi kesan sebenar atau berpotensi memberi kesan kepada sekuriti nuklear. Peristiwa sekuriti nuklear mesti ditangani.
nuclear installationpepasangan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorKemudahan nuklear berlesen yang terlibat dengan kitaran bahan api nuklear, selain daripada kemudahan melombong dan memproses bijih uranium atau torium, dan selain daripada kemudahan pelupusan sisa radioaktif.
nuclear material accountingperakaunan bahan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorAktiviti untuk menentukan jumlah dan perubahan jumlah bahan nuklear yang terdapat di dalam kawasan yang ditetapkan dalam tempoh tertentu. Contoh aktiviti tersebut ialah penentuan kawasan perakaunan, penyimpanan rekod, pengukuran bahan nuklear, penyediaan dan penyerahan laporan perakaunan, dan pengesahan ketepatan maklumat.
nuclear material controlkawalan bahan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorSistem yang digunakan untuk mengambil kira dan mengawal semua bahan nuklear yang tertakluk dalam kawal guna dan kawal selia. Sistem ini termasuklah langkah kawalan dan pelaporan jumlah sebenar serta pergerakan bahan nuklear di dalam semua kawasan imbangan bahan pada bila-bila masa.
nuclear islandpulau nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorBahagian khusus loji kuasa nuklear yang merangkumi struktur, sistem dan komponen yang terlibat dengan penjanaan stim dalam sistem penyejukan primer.
nuclear facilitykemudahan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorInfrastruktur yang terdiri daripada bangunan, pepasangan dan peralatan yang berkaitan dengan penghasilan, pemprosesan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan dan pelupusan bahan nuklear.
nuclear securitysekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event.
safeguardskawal guna; kawal seliaSains NuklearKejuruteraan Reaktor1) Kawal guna: Kawalan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. 2) Kawal selia: Penyeliaan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan.
nuclear material accounting and control (NMAC)perakaunan dan kawalan bahan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorLangkah bersepadu dan lengkap yang direka bentuk untuk menyediakan maklumat berkaitan kawalan dan jaminan atas kehadiran bahan nuklear.
conventional islandpulau konvensionalSains NuklearKejuruteraan ReaktorBahagian khusus loji kuasa nuklear yang merangkumi struktur, sistem dan komponen selain daripada pulau nuklear. Pulau konvensional menggunakan haba yang dihasilkan oleh reaktor nuklear untuk menjana tenaga elektrik.
12345678910...

Kembali ke atas