Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.kléus] | نوکليوس

Definisi : (nukléus) 1. struktur berbentuk bujur atau sfera yg terdapat pd kebanyakan sel haiwan dan tumbuhan; 2. bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron; 3. ki inti (sesuatu perkara), pokok, sari; ~ atom (Kim) pusat atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron (kecuali hidrogen yg hanya mempunyai satu proton). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.kléus] | نوکليوس

Definisi : /nukléus/ ist 1 lembaga yg di tengah-tengah sesuatu sel hidup. 2 bahagian tengah atom yg terdiri drpd proton dan neutron. ~ atom ist pusat sesuatu atom yg bercas positif dan terdiri drpd proton dan neutron, kecuali pd hidrogen yg hanya mempunyai satu proton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nukleus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nuclear interactionsaling tindak nukleusKejuruteraanTiadaSistem daya tukaran dalam nukleus yang menyebabkan nukleus tersebut bersatu.
nucleusnukleusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu jisim protoplasma yang berbentuk sfera dan diselaputi membran berganda. Nukleus juga dikenali sebagai pusat kawalan dan wujud dalam semua sel eukariot termasuk sel tunggal, haiwan, manusia dan tumbuhan. Nukleus menyimpan maklumat tentang genetik dan mengawal ciri keturunan organisma. Nukleus bertanggungjawab dalam sintesis protein serta dalam pembahagian, pertumbuhan dan pembezaan sel. Nukleus memenuhi 10% daripada isi padu sel.
scattering lengthpanjang penyerakanFizikNanoteknologiJarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser.
nuclear physicsfizik nukleusKejuruteraanTiadaKajian sains ke atas nukleus, zarah subatom dan tindak balas nukleus.
meiosismeiosisKejururawatanTiadaProses pembahagian nukleus sel seks yang membahagikan nukleus diploid menjadi pecahan empat nukleus haploid. Ia melibatkan dua proses pembahagian meiosis pertama dan meiosis kedua.
chemical shiftanjakan kimiaKimiaKimia AnalisisAnjakan spektrum resonans magnet nukleus yang berlaku akibat daripada pemerisaian diamagnetik sesuatu nukleus oleh elektron yang mengelilingi nukleus itu.
femtometerfemtometerFizikNanoteknologiUnit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer.
nuclear magnetic resonance spectroscopyspektroskopi resonans magnet nukleusHerbaTiadaKaedah analisis spektroskopi yang berdasarkan penyerapan tenaga sinaran frekuensi radio oleh nukleus (1H, 13C, 19F) dalam medan magnet. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum resonans magnet nukleus suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik.
nuclear precessionpeliukan nukleusKimiaKimia AnalisisProses pergerakan nukleus secara meliuk pada arah yang sama apabila dikenakan kilas kepada momen magnet oleh medan magnet pada sebarang sudut momen.
nuclear radiusjejari nukleusKejuruteraanTiadaPurata jejari bagi isi padu yang mengandungi jirim nukleus.
12345

Kembali ke atas