radioactive decay | reputan radioaktif | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Perubahan suatu nuklid kepada nuklid yang lain dengan cara pancaran sinaran radioaktif atau zarah, penyerapan elektron orbit atau pembelahan. |
decay | susutan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Proses peleraian bahan nuklid yang tidak stabil untuk mencapai keadaan stabil. Semasa proses ini berlaku, sinaran radioaktif dihasilkan. Sinonim proses susutan. |
biosensor | biopenderia | Fizik | Nanoteknologi | Peranti untuk mengesan analit yang menggabungkan komponen biologi dengan komponen pengesan fisikokimia. Biopenderia mengandungi beberapa komponen unsur peka secara biologi seperti tisu, mikroorganisma, organel, sel reseptor, enzim antibodi dan asid nuklid. Unsur peka dapat dibuat secara rekayasa biologi. Contoh biopenderia yang digunakan secara komersial ialah biopenderia glukosa darah yang menggunakan enzim untuk memecah glukosa darah. Peranti tersebut dapat memindahkan elektron ke elektrod dan menentukan kepekatan glukosa darah. |