coral reef | terumbu karang | Sains Marin | Tiada | Satu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
invocation | scru puja | Kesusasteraan | Puisi | Permintaan, permohonan dan seruan khususnya kepada Allah subhanahu wa taala dengan tujuan mendapatkan taufik dan hidayah serta perlindungan daripada-Nya supaya dijauhi daripada sebarang mara bahaya. Penggunaan seru puja ini dapat dilihat pada doa di bawah. "Pendinding" Allah kan payungku! Nabi Muhammad mimbarku! Raja Jibrail di kananku! Israfil di kiriku! Rasul Allah di hadapanku! Turun malaikat yang bcrempat! Terkunci terkancing pintu bahayaku! |
azonal soil | tanih azonal | Geologi | Tiada | Tanih muda yang tidak mempunyai horizon-horizon yang jelas. Ini disebabkan edaran masa yang singkat untuk membolehkan pengaruh iklim, tumbuh-tumbuhan dsb.nya ke atas proses-proses pembentukkan tanih. |
exhaust manifold | pancarongga ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menghubungkan liang ekzos pada kepala silinder dengan sistem ekzos. Komponen ini terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang ekzos yang membentuk satu saluran keluar ke sistem ekzos. Tujuan- nya adalah untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin ke sekitaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga pengambilan. |
Commedia dell�arte | commedia dell�arte | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin. |
decasyllabic | dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910 |
redox indicator | penunjuk redoks | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji. |
phenomenology | fenomenologi | Kesusasteraan | Tiada | Perspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi melibatkan aktiviti penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi memfokuskan inti pati karya, meneliti pengalaman atau proses pembacaan, dan memberikan bagaimana inti pati tersebut mengesan kesedaran pembaca, dan tindak balas daripadanya. Oleh yang demikian, pengkritik memahami kesedaran pengarang, khususnya �struktur dalaman� pengarang itu. Justeru, dapatlah diketahui bagaimana pengarang menghayati dunianya. Fenomenologi kemudian nya dikembangkan oleh Martin Heidegger (murid Husserl) dan Hans-Georg Gadamer. Mereka meninggalkan pengaruh meluas ke arah kritikan sastera moden, khususnya dalam teori Wolfgang Iser tentang respons pembaca dan teori resepsi Robert Jauss. Fenomenologi dimanfaatkan oleh teori dan amalan pengkritik daripada Sekolah Geneva. Kesan jangka panjang fenomenologi juga terdapat dalam teori pascastrukturalisme. Fenomenologi berasal daripada perkataan Yunani fenomena yang bermaksud �benda yang muncul�. Lihat juga hermeneutika. |