pattern poetry | puisi pola | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang tersusun perkataannya dan barisnya. Susunan baris dan perkataan adalah untuk meniru bentuk sesuatu objek atau hala pergerakan mengikut idea yang dibicarakan. Contohnya puisi berjudul �Jernih Rona Baru� oleh A. Ghafar Ibrahim: �menari, nari, nari Menyanyi, nyanyi, nyanyi, Irama kejernihan jernih rona baru. Dalam sastera Parsi, puisi pola ditemui dalam sajak tulisan Kayumarth Munshizada dalam Divan. Contohnya, Az panjara ba bagh pur ta ba khwahad kard. |
chant/hymn | nyanyi puja | Kesusasteraan | Puisi | Bahan tulisan atau lisan khususnya dalam bentuk puisi tradisional yang disampaikan secara nyanyian beramai-ramai. Puisi nyanyi puja ini mengandungi ataupun membawa unsur� unsur yang berhubungan dengan keagamaan, ketuhanan dan kenabian. Cara penyampaiannya hampir sama dengan berzanji dan marhaban. |
divine poetry | puisi kudus | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawa tema dan persoalan tcntang ketuhanan atau kepercayaan terhadap agama. Contohnya, puisi dalam kumpulan Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah. |
credo | kredo | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menonjolkan fahaman, kepercayaan, agama, akidah dan juga syahadah. Puisi yang dihasilkan mengandungi salah satu ataupun Iebih aspek tersebut. Contohnya, kumpulan puisi Nyanyi Sunyi karya Amir Hamzah. |
euphony | eufoni | Kesusasteraan | Puisi | Rangkaian bunyi vokal atau konsonan dalam baris puisi yang harmonis dan begitu enak didengar apabila dibaca atau dideklamasikan. Contohnya, puisi "Berdiri Aku" karya Amir Hamzah, dalam kumpulan Nyanyi Sunyi. Sinonim kemerduan. |
metaphysical poetry | puisi metafizika | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan pemikiran yang berhubung dengan fenomena di luar realiti. Pemikiran-pemikiran ghaib yang terungkap dalam puisi itu boleh. dikesan melalui akal fikiran yang rasional. Contohnya, puisi "Padamu Jua" dalam Nyanyi Swzyi karya Amir Hamzah. |
hyperbola | hiperbola | Kesusasteraan | Tiada | Gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�. |