Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.tuh] | ڽاتوه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Pala­quium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyatuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pauteria spp. dan Planchonella spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk misi, menasi, nangka-nangka, dan nyatuh nangka, dan di Sabah ialah nyatuh laut dan umas-umas. Spesies utamanya ialah Planchonella maingayi, Plan. obovata, dan Pouteria malaccensis. Gubal kayu nyatuh kuning sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda.Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dan sukar dikeringkan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah dan kadar kecutan yang tinggi. Kayu nyatuh kuning sesuai untuk kerja binaan sederhana, dinding, anak tangga, kayu kumai, dan papan panel.
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Palaquium spp., Ganua spp., dan Payena spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah berbagai-bagai nama nyatuh. Nama lain di Semenanjung termasuk mentua taban, taban, taban merah, dan sundik, dan di Sarawak ialah jangka dan rian. Terdapat lebih 20 spesies utamanya, dan antaranya ialah Ganua curtisii, G. kingiana, Palaquium gutta, Pal. maingayi, Payena dasphylla dan Pay. lanceolata. Gubal kayu nyatuh berwarna lebih muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus atau sederhana kasar, dengan ira yang lurus, bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu ini mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu yang ringan lebih mudah dikerjakan daripada kayu yang lebih berat. Ketahanan semula jadinya sederhana tetapi sukar diawet. Ka
bitisbitisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama paiwai bagi kayu Madhuca spp. dan Palaquium spp. daripada famili Sapotaceae. nama lain di Semenanjung ialah kayu belian, dan spesies utama kayu bitis termasuk Madhuca spp. Palaquium ridleyi, dan P. stellatum. Di Sabah dan Sarawak kayu ini tidak dibezakan daripada kayu nyatuh, malahan didagangkan sebagai kayu nyatuh. Gubal kayu bitis biasanya berwarna coklat kuning atau coklat merah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya berwarna coklat merah atau berwarna lebih tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 820 hingga 1200 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu bitis sukar dikerjakan, lambat mengering, mudah retak. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan berat, jambatan, dermaga, cerucuk, tiang, kayu landasan kereta api, dan lantai parket.
flat sawingpenggergajian tangenPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCara membelah atau mengergajikan kayu balak supaya sudut permukaan lebar papan dengan pertumbuhan kurang daripada 45�. Cara ini sesuai untuk kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seperti mahogani, sepetir dan nyatuh, yang banyak digunakan untuk membuat perabot dan kayu kumai. Sin: pengergajian sisi
ligth hardwoodskayu keras ringanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSingkatan KKR. Kumpulan Kayu Keras Malaysia yang ringan dan lembut berdasarkan Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984, yang mempunyai ketumpatan yang biasanya berjulat antara 400 hingga 750 kg/m3 pada kandungan lembapan 15 peratus. Kumpulan kayu ini lebih dikenali sebagai kayu untuk kegunaan am, mempunyai nilai ketahanan semula jadi yang rendah, dan perlu diawet sebelum digunakan. Terdapat lebih daripada 50 spesies dagangan yang utama, dan antaranya ialah meranti merah tua, meranti merah muda, jelutung, dan nyatuh.

Kembali ke atas