Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.wa] | ڽاوا

Definisi : 1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ me­nentang bahaya maut; minta ~ minta di­hidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau di­campurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan ber­se­nyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.wa] | ڽاوا

Definisi : roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan men­jadikan senyawa; menjadikan s­e­bati.mempersenyawakan menjadikan ber­­­­­­­­­se­nyawa; menjadikan bersebati. ­per­­senyawaan 1 perbuatan atau hal ber­­­­senyawa; perpaduan. 2 proses yg me­libatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyawa (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: jiwa, semangat, hayat, sukma, atma, jana, umur, usia,

2. Bersinonim dengan buah hati: jantung hati, kekasih, juita, yang disayangi,

Kata Terbitan : bersenyawa, mensenyawakan, bernyawa,

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Satu nyawa dua badan.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mortgage life insuranceinsurans nyawa gadai janjiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
suicidebunuh diriKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengambil nyawa sendiri atau perbuatan menyebabkan kematian diri sendiri yang menyalahi undang-undang. Perbuatan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan psikologi, kemurungan dan pengaruh sosial.
prison suicidebunuh diri di penjaraKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengambil nyawa sendiri yang berlaku dalam tahanan di bawah kuasa perundangan semasa menjalani hukuman atau perbicaraan kerana kesalahan jenayah.
rare diseasepenyakit jarang jumpaKesihatan AwamTiadaPenyakit yang jarang berlaku yang boleh mengancam nyawa atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.
ghazal/ghazelghazalKesusasteraanPuisiPuisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga
cyberterrorismkeganasan siberTeknologi MaklumatTiadaPerbuatan menggunakan Internet untuk bertindak ganas yang boleh mengancam atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan tubuh yang ketara bagi mencapai keuntungan politik atau ideologi melalui ancaman atau ugutan.
antithrombosisantitrombosisHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau membantu mengurangkan pembentukan pembekuan darah. Contohnya, ekstrak daun sambung nyawa (Gynura procumbens) yang bersifat antitrombosis.
assuranceansuransEkonomiTiadaPerlindungan bagi sebarang kemungkinan kerugian akibat peristiwa yang pasti berlaku seperti kematian. Ansurans juga dikenali sebagai insurans nyawa.
yachts protection and indemnityperlindungan dan indemniti kapal persiarinsuransTiadaPerlindungan untuk tuan punya kapal persiar ke atas liabiliti kehilangan nyawa, kecederaan peribadi dan kerosakan harta.
defibrilationdefibrilasiKejururawatanTiadaPemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium.
123

Kembali ke atas