Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.bés] | اوبيس

Definisi : (obés) gemuk yg keterlaluan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata obes


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obeseobesMakanan dan PemakananTeknologi MakananSifat gemuk keterlaluan disebabkan oleh penyimpanan lemak berlebihan dalam badan. Orang obes mempunyai berat badan melebihi 20% daripada berat unggul.
obeseobesSosiologiTiadaTiada
obeseobesPerubatanTiadaBerat badan yang melebihi keperluan fizikal dan rangka disebabkan pemendapan lemak yang berlebihan.
obesityobesitiMakanan dan PemakananPemakananKeadaan lemak tubuh yang berlebihan. Seseorang individu dianggap obes apabila mencapai indeks jisim tubuh 30 kg/m2 atau lebih.
saccharinsakarinPerubatanTiadaNama kimia: 1,2-benzisotiazolin-3(2H)-on-1, 1-dioksida. Sebatian berhablur putih; C7H5NO3S. Gula yang jauh lebih manis daripada sukrosa, dan digunakan sebagai agen pemanis alternatif untuk pesakit diabetes dan obes.
halothane hepatitishepatitis halotanaPerubatanTiadaKeradangan hepar disebabkan agen halotana. Keadaan ini biasanya berlaku dalam masa enam minggu selepas pemberian halotana dan selepas penggunaan halotana berulang-ulang. Penyakit ini lebih kerap berlaku dalam kalangan kaum wanita pertengahan umur dan pesakit obes. Kes yang pertama dilaporkan pada tahun 1958.
humour appealpemikat lucuKomunikasiKorporatUsaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi dan kelihatan lebih tampan dan bergaya. Aspek negatif dalam iklan ini ialah terdapatnya unsur menyindir watak remaja obes.

Kembali ke atas