Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : (objék) 1. sesuatu yg dapat disentuh atau dilihat, benda, barang; 2. perkara yg menjadi tajuk atau pokok pembicaraan (tulisan, lukis­an, dll): mengapa hanya rupa wanita men­jadi ~ lukisan? 3. matlamat, sasaran, tujuan; ~ pembangunan sesuatu yg hendak (sedang) dibangunkan; 4. (Lin) penyambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék] | اوبجيک

Definisi : /objék/ 1 perkara yg menjadi pokok atau tajuk sesuatu perbincangan dll; hal. 2 tujuan sesuatu tindakan dll; sasaran. 3 penderita dlm sesuatu ayat aktif; penyambut: Selepas kata kerja transitif, terdapat kata nama atau frasa nama yg bertugas sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata objek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
learning object repository (LOR)repositori objek pembelajaran (LOR)Teknologi Maklumate-PembelajaranPerpustakaan digital yang menyimpan, mengurus dan mengongsi sumber pembelajaran atau objek pembelajaran. Objek-objek ini berbentuk kuiz, persembahan slaid, imej, klip video, dokumen atau fail yang digunakan sebagai bahan pembelajaran dan kandungan kursus bagi pembelajaran dalam talian.
fomitefomitKejururawatanTiadaObjek-objek yang tercemar dengan organisma daripada penyakit berjangkit dan menyebarkan penyakit itu kepada pengguna seterusnya.
icingaisingGeografiTiadaTimbunan mendapan ais di permukaan objek-objek yang terdedah.
combinatoricskombinatorikMatematikTiadaBidang matematik yang berkaitan dengan penghimpunan objek-objek.
figure-groundkebolehan mengecamPendidikanTiadaKebolehan untuk mengenal pasti, mengeluarkan dan memilih satu atau beberapa objek dalam persekitaran yang terdiri daripada objek-objek lain. Contohnya mengutip keluar satu pensel berwama merah daripada bekas pensel, mencari satu nama dalam direktori telefon atau mendengar namanya dipanggil dalam persekitaran yang bising.
odeodaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t.
buoyant forcedaya apungSains SukanBiomekanikDaya tolakan yang disebabkan oleh tekanan cecair untuk membolehkan objek terapung. Daya apung diaplikasikan menggunakan Prinsip Archimedes. Jumlah daya apung bersamaan dengan berat cecair yang disesarkan oleh objek apabila objek direndam dalam cecair tersebut. Daya apung membolehkan objek terapung atau kelihatan ringan.
center of gravitypusat gravitiSains SukanBiomekanikPusat tumpuan jisim dan berat yang diseimbangkan dalam semua arah. Contohnya, bagi objek yang berbentuk sekata atau simetri, pusat gravitinya terletak di tengah-tengah atau titik simetri objek tersebut. Bagi objek yang berbentuk tidak sekata, pusat graviti objek tersebut berkemungkinan boleh terletak di dalam objek atau pun di luar objek tersebut.
accent lightingtekanan tatacahayaKesenianHiasan DalamanCahaya yang difokuskan pada sesuatu objek bagi menunjukkan kepentingan objek tersebut, atau untuk menarik perhatian seseorang terhadap sesuatu bahagian pada objek itu. Contohnya, lampu tumpu yang digunakan pada pedestal di ruang pameran.
objectivismobjektivismeKesusasteraanTiadaGerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair.
12345678910...

Kembali ke atas