Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : (objéktif) 1. sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan ke­nyataan atau fakta sebenar; 3. tidak di­kuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra­sangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilih­an dan markah yg diberikan tidak ber­gantung pd penilaian pemeriksa; berobjektifkan mempunyai sesuatu sbg objektif;mengobjektifkan menjadikan objektif; keobjektifan perihal objektif, objektiviti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ob.jék.tif] | اوبجيکتيف

Definisi : /objéktif/ 1 hanya mengenai hal atau pokok yg dibicarakan saja dan tidak termasuk pendapat atau prasangka sendiri. ujian ~ ujian yg dlm kertas soalannya terdapat jawapan dlm bentuk pilihan dan calon ujian dikehendaki menandai jawapan yg betul saja. 2 tujuan sesuatu perkara: Sebarang projek, sama ada kegiatan ekonomi atau kebudayaan, mestilah mempunyai ~ ke arah perpaduan kebangsaan. 3 sesuatu yg khusus yg ingin dicapai; matlamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
objektif
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan faktual
( empiris, saintifik, sebenar, rasional, wajar, waras, berpatutan, tidak peribadi, tidak emosional, tanpa prasangka, saksama, adil, tidak berat sebelah, tidak memihak, berkecuali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan subjektif

2. Bersinonim dengan tujuan
( matlamat, sasaran, bulan-bulan, sekip, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, aspirasi, haluan., )
(kata nama:)



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
patient objectiveobjektif pesakitKejururawatanTiadaMatlamat yang ditentukan oleh pesakit semasa mengalami masalah kesihatan, yang berkait rapat dengan objektif kejuruteraan. Matlamat ini berguna untuk penyembuhan pesakit.
immersion objectiveobjektif rendamanKomunikasi MassaTiadaTiada
course objectiveobjektif kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranPerkara yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk menunjukkan pencapaian matlamat pada akhir pembelajaran kursus.
learning objectiveobjektif pembelajaranPendidikanTiadaKenyataan yang spesifik tentang perkara yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh pelajar bagi menunjukkan pencapaian matlamat pembelajaran.
marketing objectiveobjektif pemasaranPenilaian Harta TanahTiadaTiada
nursing objectiveobjektif kejururawatanKejururawatanTiadaMatlamat untuk menyelesaikan masalah pesakit yang ditentukan oleh jururawat semasa membuat perancangan kejururawatan. Ia berguna untuk menilai keberkesanan tindakan kejururawatan.
objective stylegaya objektifKesusasteraanTiadaGaya penulisan sastera yang memerikan segala yang dilihat dan dikisahkan tanpa memasukkan pandangan, sikap, perasaan atau emosi penulis atau pengarangnya.
objective correlativekolelatif objektifKesusasteraanTiadaObjek luar yang menjadi padanan kepada perasaan dalaman. Sesuatu peristiwa, pemandangan, situasi, dan objek luaran dilihat mampu merangsang emosi atau mood, berbanding dengan ekspresinya secara langsung. Dalam hal ini, sebaik sahaja objek luaran itu ditanggapi indera, maka emosi akan terangsang serta-merta. Istilah ini dipopularkan oleh penyair Inggeris, T.S. Eliot dalam eseinya berjudul �1919� tentang drama Hamlet.
objective criticismkritikan objektifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang hanya mengkaji aspek intrinsik teks sastera tanpa mengambil kira nilai ekstrinsiknya. Kritikan ini tidak memberikan perhatian kepada pengaruh hubung kait teks dengan penulis serta kehidupan yang dilaluinya, zaman teks dihasilkan atau kesan teks tersebut kepada pembacanya. Kritikan ini dipengaruhi oleh pandangan pengkritik yang melihat karya sastera sebagai hasil usaha kreatif penulis yang mempunyai sifat autonomi dan tidak dikongkong oleh pengaruh penulis lain, pembaca, dan persekitarannya. Contoh aspek intrinsik karya sastera yang dikaji melalui kaedah ini ialah elemen imbangan watak, tema, diksi, pola, dan sifat koherennya. Kajian bertumpu pada cara elemen tersebut berhubung kait dengan elemen lain untuk menghasilkan suatu teks sastera yang lengkap.
objective valuenilai objektifPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123456

Kembali ke atas