Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ob.jék.ti.vi.ti] | اوبجيکتيۏيتي

Definisi : (objéktiviti) perihal atau keadaan objektif, sifat (sikap dsb) tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri: apakah ini yg dikatakan ~ dlm kritikan dan kajian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata objektiviti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
objectivityobjektivitiSosiologiTiadaTiada
objectivityobjektivitiPsikologiTiadaTiada
new objectivityobjektiviti baruKesenianTiadaSeni lukis moden di Jerman dalam tahun 1920an yang menekankan keobjektifan penggambaran berserta komentar sosial.
new objectivity/neue sachlichkeitobjektiviti baruKesenianSeni BinaPendekatan seni termasuk sastera, muzik dan seni bina yang mencirikan sikap kehidupan awam di Weimar, Jerman. Pendekatan ini mempunyai matlamat ke arah kewujudan dunia yang bersifat perniagaan, dan difahami oleh masyarakat Jerman sebagai �The Neue Sachlichkeit� yang berpaksikan Amerikanisme. Antara ciri penting dalam budaya masyarakat ini ialah memberikan penekanan kepada fakta dan fungsi, bersifat berhati-hati, profesional dan melakukan kerja yang bermanfaat.
negative capabilitykemampuan negatifKesusasteraanTiadaKemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera.
biographybiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul

Kembali ke atas