Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ok.si.da] | اوکسيدا

Definisi : (Kim) sebatian oksigen dgn satu unsur kimia lain; ~ berasid sebatian oksigen dgn unsur bukan logam, yg menghasilkan larutan berasid apa­bila bercampur dgn air; ~ berbes sebatian oksigen dgn unsur logam, yg menghasilkan larutan berbes apabila bercampur dgn air;mengoksidakan menyebatikan dgn oksigen; pengoksidaan perbuatan mengoksidakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ok.si.da] | اوکسيدا

Definisi : ist sebatian oksigen dgn un­sur-­unsur lain: kalsium ~; natrium ~. mengoksidakan menyebatikan se­suatu unsur dgn oksigen. peng­oksi­daan perbuatan atau proses meng­oksidakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata oksida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
complementary metal oxide semiconductor (CMOS)semikonduktor logam oksida pelengkap (CMOS)FizikNanoteknologiPeranti transistor kesan medan dalam litar bersepadu yang terdiri daripada gabungan semikonduktor jenis-n dan jenis-p serta logam sebagai get. Teknologi CMOS digunakan dalam mikropemproses, mikropengawal dan litar logik berdigit yang lain.
activated aluminaalumina teraktifKimiaKimia AnalisisAluminium oksida dalam bentuk serbuk atau butiran berliang. Bahan ini menyerap cecair daripada gas dan wap, dan menyerap lembapan daripada beberapa jenis cecair. Bahan ini juga digunakan sebagai mangkin atau pembawa mangkin, sebagai penyerap untuk mengeluarkan klorida daripada air minuman, dan digunakan juga dalam kromatografi.
Graetzel cellsel GraetzelFizikNanoteknologiSel fotovolta yang menggunakan bahan nanohablur titanium oksida (TiO2) berliang tinggi dan terjerap pencelup bahan organik bagi menghasilkan tenaga elektrik daripada sinaran cahaya. Bagi memastikan cahaya yang diterima dapat dicerap, lapisan molekul pencelup ini hendaklah tebal (biasanya melebihi saiz molekul) kerana saiz molekul pencelup ini terlalu kecil.
coated ringgelang bersalutKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelang omboh yang diselaputi ferus oksida, fosfat lembut atau timah untuk menetapkan kedudukannya pada permukaan dinding silinder.
water-soluble ashabu larut airHerbaTiadaAbu yang mengandungi bahan natrium dan kalium oksida dan karbonat. Abu total biasanya dirawat dengan air dan dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu larut air diperoleh daripada ungkapan 100(x-y)/w iaitu x ialah berat abu total, y ialah berat residu tak terlarut dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang kurang daripada had piawai menandakan kehadiran bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti hampas teh dan halia.
iodometryiodometriKimiaKimia AnalisisTitratan iodin secara tidak langsung. Iodin dihasilkan daripada pengoksidaan iodida oleh spesies analit oksida seperti ion kromat. Iodin tersebut ditentukan melalui penitratan dengan tiosulfat.
three-way catalytic converterpenukar bermangkin tiga halaKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang menukarkan gas pancaran ekzos nitrogen oksida, karbon monoksida dan hidrokarbon kepada gas karbon dioksida, air, nitrogen dan oksigen. Gas oksigen ini kemudiannya digunakan untuk mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan hidrokarbon kepada air dan karbon dioksida.
primary pollutantprimer bahan cemarKejuruteraanTiadaBahan cemar berbahaya di udara ambien dalam bentuk kimia asal semasa dilepaskan, contohnya sulfur dioksida, oksida nitrogen dan sebagainya.
inelastic electron tunneling spectroscopy (IETS)spektroskopi penerowongan elektron tak anjal (IETS)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk mengkaji mod getaran molekul yang terserap pada permukaan lapisan oksida logam.
colossal magnetoresistancemagnetorintangan kolosalFizikNanoteknologiMagnetorintangan yang sangat besar melebihi 20% pengurangan rintangan, yang berkaitan dengan peralihan fasa magnet dalam sesetengah bahan homogen terutamanya dalam kumpulan magnet oksida perovskit. Lihat juga magnetorintangan raksasa.
123

Kembali ke atas