arterial oxygen content (CaO₂) | kandungan oksigen arteri (CaO₂) | Perubatan | Tiada | Kandungan oksigen dalam darah arteri normal » 20 ml/100 ml darah arteri) yang terdiri daripada oksigen yang bergabung dengan hemoglobin dan oksigen yang larut dalam plasma. Sebahagian besarnya dalam bentuk gabungan oksigen-hemoglobin. |
Bohr effect | kesan Bohr | Sains Forensik | Tiada | Kesan pH terhadap afiniti hemoglobin ke atas oksigen. Apabila kepekatan karbon dioksida dalam darah meningkat, pH darah akan menurun dan seterusnya melemahkan afiniti hemoglobin terhadap oksigen dan memudahkan oksigen untuk dilepaskan kepada tisu. Dalam kes keracunan karbon monoksida, pembekalan oksigen ke tisu terganggu kerana molekul karbon monoksida mengikat dengan kuat pada tapak pengikatan oksigen ini. |
oxygen carrier | pembawa oksigen | Kimia | Kimia Analisis | Mangkin yang berupaya menjerap molekul oksigen dan memecahkannya menjadi atom oksigen. |
hypoxemia | hipoksemia | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang disebabkan oleh kekurangan paras oksigen dalam darah. Paras oksigen dalam sampel darah arteri normal ialah 80 hingga 100 mm Hg. |
oxygen minimum layer | lapisan minimum oksigen | Sains Marin | Tiada | Lapisan air bawah permukaan yang kandungan oksigen terlarutnya sangat rendah (biasanya < 2 mg/l), lebih rendah daripada lapisan air di atas dan di bawahnya. Contohnya, zon di bawah aras termoklin yang rendah kandungan oksigen terlarutnya kerana tiada percampuran dengan air yang kaya oksigen di lapisan atasnya. |
waste water treatment | olahan air sisa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Gabungan operasi dan proses yang direka bentuk untuk mengurangkan kandungan bahan cemar dalam air sisa kepada tahap yang boleh diterima. Parameter standard seperti oksigen terlarut, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, pH dan jumlah pepejal terlarut digunakan untuk mengukur prestasi olahan. |
three-way catalytic converter | penukar bermangkin tiga hala | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar bermangkin yang menukarkan gas pancaran ekzos nitrogen oksida, karbon monoksida dan hidrokarbon kepada gas karbon dioksida, air, nitrogen dan oksigen. Gas oksigen ini kemudiannya digunakan untuk mengoksidakan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan hidrokarbon kepada air dan karbon dioksida. |
photodynamic theraphy | terapi fotodinamik | Fizik | Nanoteknologi | Terapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser. |
active oxygen | oksigen aktif | Sains Kesihatan | Tiada | Satu bentuk oksigen yang sangat reaktif bertindak balas dengan molekul-molekul lain. |
oxygen toxicity | keracunan oksigen | Kejururawatan | Tiada | Keadaan apabila tisu dan sel badan mendapat bekalan oksigen secara berlebihan. Keadaan ini boleh mengakibatkan fibroplasia retrolensa dan fibrosis pulmonari. |