octave | oktaf | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang terdiri daripada lapan baris dalam semua rangkapnya. Namun rimanya terutama rima hujung pada setiap baris kebanyakannya adalah bebas. Contohnya. puisi "Petani Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap. Jumlah barisnya sama seperti rangkap pertama ini. jika engkau bertanya tentang rumah kehidupan menidurkan lelah akan kujawabkan siang malamnya bagai hujan badailah memancang ruang sawah ladang. |
octave | oktaf | Kesusasteraan | Tiada | Sajak yang mengandung rangkap lapan baris ayat atau kalimat dan tergolong ke dalam jenis stanza. |
octave | oktaf | Geologi | Tiada | Sela di antara sebarang dua frekuensi yang mempunyai nisbah 2 terhadap 1. |
octave | oktaf | Kesenian | Tiada | 1. Lapan ton skala major atau minor yang terbahagi kepada dua belas semiton. 2. Jeda di antara ton pertama dan kelapan (meninggi dalam skala major atau minor) |
exposed octave | oktaf dedah | Kesenian | Tiada | Pergerakan kord dominan ke kord tonik. Contohnya pergerakan (a) kord dominan ke kord tonik, (b) kord tonik ke kord subdominan. Bahagian atas bergerak secara bertangga dalam duaan dan bahagian bes menaik ke tangga keempat atau turun ke tangga kelima. |
sonnet | soneta | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik 14 baris yang distrukturkan mengikut dua bentuk dan ceraian tetap seperti satu oktaf (lapan baris), sekstet (enam baris) dan tiga kuatrin (3 X 4 = 12 baris), dan satu kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima unit pasangan suku kata, dan mempunyai rima mengikut pola tertentu. Pola inilah yang menentukan jenis soneta. Contoh soneta adalah seperti yang berikut: Pertama, Soneta Petrarch: Oktaf dan sekstet rima: a, b, b, a; a, b, a, b; c, d, e, c, d, e (atau c, d; c, d, c, d). Kedua, Soneta Spenser: Tiga kuatrin dan satu kuplet rima: a, b, a, b; c, d, c, d; e, f, e, f; g, g. Soneta berasal dari Sicily, Italy pada abad ke-13 dan diasaskan oleh penyair Petrarch dalam puisi cintanya. Bentuk soneta mula digunakan di England pada abad ke-16, dan bentuk ini dipelopori penyair seperti Sir Philip Sidney, Spenser dan Shakespeare, dan Milton. Pada abad ke-19, bentuk ini dihidupkan semula oleh penyair romantik seperti Wordsworth, Shelley, dan Keats. |
quatrain | kuatrin | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang terdiri daripada empat baris dalah satu rangkap, biasanya berpola rima a,b,c,d. Kadang-kadang pola rimanya dalam bentuk a,b,a,a; a,a,b,b; a,b,b,a, dan a,a,b,a. Kuatrin banyak digunakan dalam puisi Eropah dan biasanya puisi panjang dalam bentuk naratif. Kuatrin terangkum dalam dua komponen oktaf soneta. Contoh dalam sajak Inggeris oleh Ogden Nash seperti yang berikut: Sure, deck your lower limbs in pants, Yours are the limbs, my sweeting, You look divine as you advance, Have you seen your self retreating? Contoh sayak Melayu oleh M. Ali Hasymy adalah seperti yang berikut: Lihat Tuan, biduk hayatku, Dihempas gelora segara dunia, Hanyut tiada bertentu tuju, Berlayar entah ke mana-mana, Ke mana kudayung bahtera hidupku, Laut dunia besar ombaknya, Ke mana daku mengarah tuju, Tanah tepi samar tampaknya. |