octane requirement | keperluan oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor oktana bahan api minimum yang diperlukan oleh enjin tertentu untuk beroperasi tanpa bunyi ketukan. Piawai keperluan oktana yang digunakan oleh kenderaan yang berenjin gasolin di Malaysia ialah nombor oktana 92. |
iso-octane | iso-oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sebatian hidrokarbon yang mempunyai pengkadaran oktana 100. Sebatian ini menjadi rujukan untuk mengukur kadar oktana bagi bahan api dalam mengelakkan fenomena ketukan. Bahan kimia yang terlibat adalah 2,2,4-trimetilpentana yang mempunyai RON 100. |
motor octane number | nombor oktana motor | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan secara komersial. Nilai nombor oktana motor adalah lebih rendah daripada nilai RON dan berbeza dari segi kepekaan. Singkatan MON. |
research octane number | nombor oktana penyelidikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Skala yang menandakan nombor oktana yang digunakan dalam penyelidikan dan dalam rujukan jurnal. Nilai nombor oktana penyelidikan adalah lebih tinggi daripada nilai MON dan ber- beza dari segi kepekaan. Singkatan RON. |
octane number | nombor oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nombor yang mewakili purata campuran mengikut nisbah isi padu antara iso-oktana (CH) yang diberi indeks 100 dengan heptana normal (C,H,,) yang diberi indeks 0. Nilai ini berkadaran dengan keamatan ketukan bahan api tertentu dalam enjin piawai dalam keadaan operasi tertentu. Nombor oktana digunakan untuk menggredkan bahan api gasolin. Sinonim pengkadaran oktana. |
octane rating | pengkadaran oktana | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat nombor oktana. |
RON | RON | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Singkatan bagi road octane number. Lihat nombor oktana penyelidikan. |
MON | MON | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Singkatan bagi motor octane number. Lihat nombor oktana motor. |
antiknock agent | agen antiketuk | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahan kimia yang ditambah ke dalam minyak petrol untuk menambah nombor oktana dan seterusnya merencat ketukan Contoh agen antiketuk ialah plumbum tetractil Pb(C2H5)4. |
tetraethyl lead | plumbum tetraetil | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sebatian kimia yang ditambah ke dalam bahan api gasolin untuk menambah kadar oktana untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya ledakan dalam enjin cucuhan bunga api. |