preliminary treatment | olahan primer | Kejuruteraan | Tiada | Olahan sebahagian daripada olahan primer yang menyingkirkan benda kasar dan kersik, contohnya penyaring, kebuk kersik dan lain-lain. |
physical-chemiecal treatment | olahan fizikal - kimia | Kejuruteraan | Tiada | Olahan sisa yang menggabungkan olahan secara fizikal dan kimia. |
polishing pond | kolam penyudah | Kejuruteraan | Tiada | Kolam olahan yang terakhir dalam olahan kumbahan sebelum dilepaskannya ke alur air, juga dikenal sebagai olahan tertier. |
tertiary wastewater treatment | olahan air sisa tertier | Kejuruteraan | Tiada | Olahan air sisa selepas proses olahan primer dan sekunder yang bertujuan meningkatkan kualiti efluen, contohnya penggunaan turus pasir, kolam matang dan penyaringan mikro. |
pretreatment | prarawatan; praolahan; pralakuan | Kejuruteraan | Tiada | 2. Praolahan: Kaedah olahan yang dijalankan bagi mengurangkan beban pencemaran sebelum air sisa tersebut dihantar ke loji olahan awam, untuk menghalang pelepasan yang boleh mengurangkan kecekapan loji olahan tersebut. |
sludge treatment | olahan enap cemar | Kejuruteraan | Tiada | Proses olahan yang terdiri daripada pemekatan, penyesuaian dan penyahairan ke atas enap cemar sebelum enap cemar itu dilupuskan. |
wetland treatment system | sistem olahan tanah bencah | Kejuruteraan | Tiada | Sistem olahan air sisa yang terdiri daripada satu jasad air cetek yang ditanami tumbuhan rintang air seperti kiambang untuk mengolah sisa. |
treatment | olahan | Komunikasi | Tiada | Keterangan lengkap mengenai cerita yang ditulis secara kreatif. Bentuk olahan yang baik dapat meninggalkan kesan mendalam kepada orang yang membacanya. |
secondary treatment | olahan sekunder | Kejuruteraan | Tiada | Proses biologi untuk menyingkirkan jirim organik dan jirim terampai yang tidak tersingkir dalam olahan primer. |
advanced wastewater treatment (AWT) | olahan air sisa lanjutan | Kejuruteraan | Tiada | Pengolahan lanjutan ke atas air sisa yang telah melalui olahan sekunder, seperti denitrifikasi dan penggunaan karbon teraktif. |