Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.léh] | اوليه

Definisi : /oléh/ 1 kata sendi nama utk me­­nun­jukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal ber­­­­oleh. pemerolehan hal atau cara mem­­peroleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Per­atur­­­an itu membolehkan pihak tsb me­­min­dah­­kan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.léh] | اوليه

Definisi : /oléh/; oleh-oleh sesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan bersiring hijau,
     Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
     Luka di hati kerana budi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(118)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assigned riskrisiko teruntukinsuransTiadaRisiko yang biasanya tidak boleh diterima oleh syarikat insurans tetapi oleh kerana peruntukan undang-undang ia perlu dikendalikan oleh gemblengan syarikat-syarikat insurans dan diserahkan kepada syarikat mengikut giliran.
classical antiquitybaharian klasikKesusasteraanTiadaKarya sastera klasik yang dianggap paling utama dan paling penting di dunia. Antaranya, Illiad dan Odyssey Homer, Poetics oleh Aristotle, Hamlet oleh Shakespeare, dan Paradise Lost oleh Milton.
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesar�s Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup sendiri�. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir.
occasional poemspuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf.
castration complexkompleks kembirianKesusasteraanTiadaTeori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud tetapi dipertikaikan oleh ramai pengkritik. Menurut teori ini, kanak-kanak lelaki mempunyai nafsu seksual terhadap ibunya tetapi terpaksa dinyahkan keinginan songsang itu oleh bapanya dengan ugutan untuk mengembirikan anak lelakinya. Pengembirian boleh berlaku dengan pelbagai cara, biasanya secara simbolik dan tidak langsung. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berasakan diri mereka telah dikembirikan dan membesar dengan mempunyai perasaan iri hati terhadap lelaki kerana mempunyai zakar. Freud menamainya sebagai �konsep iri hati pada zakar�. Teori ini sukar diterima oleh sesetengah pihak kerana dianggap tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam kalangan pengkritik atas sebab-sebab keagamaan dan moral. Dalam sastera Yunani purba, watak Oedipus merupakan motif anak lelaki yang bernafsu seksual terhadap ibunya serta membunuh bapanya bagi mencapai matlamat nafsunya. Freud menggunakan senario Oedipal ini untuk menerangkan teori bagaimana kanak-kanak lelaki dan perempuan mendapat identiti gender mereka, iaitu budak lelaki harus belajar melepaskan perkongsian identiti dengan ibunya dan mula mengenali dirinya lebih mirip dengan bapanya. Budak perempuan pula melepaskan bapanya dan mengenali dirinya sama seperti ibunya. Persoalan identiti gender ini mendapat perhatian ahli feminis dan kajian dalam teori feminisme. Pemikiran ini banyak dimanfaatkan dalam penulisan sastera.
annotationanotasiKesusasteraanTiadaCatatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks.
impulseimpulsSains SukanBiomekanik1. Isyarat dalam bentuk gelombang elektrik yang dibawa oleh sel neuron pada sistem saraf. 2. Paduan antara daya dengan masa daya tersebut bertindak Paduan ini diwakili oleh rumus yang berikut: impuls = Ft , dengan; daya = F masa = t Apabila daya dikenakan pada sesuatu jasad, maka gerak yang dihasilkan oleh jasad tidak hanya ditentukan oleh besarnya daya yang diberikan, tetapi juga ditentukan oleh lamanya tempoh masa daya diberikan. Sesuatu perubahan besar pada gerak sebuah jasad dapat disebabkan oleh sedikit daya yang bekerja dengan masa yang lama, atau daya yang besar dengan masa yang singkat. Contohnya, bola golf yang bergolek di atas rumput, lama-kelamaan kehilangan kecepatannya disebabkan adanya daya kecil daripada geseran bola yang bergolek.
tax burdenbeban cukaiEkonomiTiadaJumlah tanggungan cukai yang terakhir yang perlu dibayar oleh penanggung sebenar. Beban cukai tidak semestinya ditanggung oleh pembayar cukai yang asal, tetapi boleh dipindahkan kepada orang lain. Misalnya, beban cukai pendapatan yang ditanggung sepenuhnya oleh pembayar berbeza dengan cukai eksais yang pada mulanya dibayar oleh pengeluar, tetapi dapat dipindahkan sebahagiannya atau sepenuhnya kepada pengguna.
representationrepresentasiKesusasteraanTiadaProses membina dan menyampaikan makna melalui bahasa. Bahasa tidak bersifat lut sinar dan neutral kerana bahasa membawa ideologi dan menyiratkan nilai budaya penulis. Oleh itu, bahawa diwarnai oleh faktor seperti kelas, ras, dan gender. Representasi berubah mengikut faktor ini yang mempengaruhi penulis. Pemikiran tentang sifat bahasa ini juga mempengaruhi pengkritik sastera seperti Paul de Man, J. Hillis Miller yang mengemukakan tafsiran mereka. Proses ini juga merujuk kepada seni visual dan seni persembahan drama atau teater. Dalam kedua-dua bidang seni ini, media ekspresi seperti gerakan, bunyian, dan lakaran dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas.
12345678910...

Kembali ke atas