loading for (instalment) payment or premium | beban (ansuran) untuk bayaran premium | insurans | Tiada | Insured membayar premium lebih daripada jumlah sebenar oleh kerana pembayaran premium dibuat secara asuran. |
assigned risk | risiko teruntuk | insurans | Tiada | Risiko yang biasanya tidak boleh diterima oleh syarikat insurans tetapi oleh kerana peruntukan undang-undang ia perlu dikendalikan oleh gemblengan syarikat-syarikat insurans dan diserahkan kepada syarikat mengikut giliran. |
uninsured motorist coverage | pemotoran tidak berinsurans | insurans | Tiada | Perlindungan dalam insurans polisi automobil yang insurer dikehendaki membayar kerugian kepada insured yang mana menjadi tanggungjawab seorang pemotor yang lain, yang tidak berkemampuan untuk membayar oleh kerana tidak diinsuranskan. Perlindungan ini hanya diberi untuk kecederaan anggota badan sahaja dan juga kecederaan terhadap insured akibat kemalangan langgar lari. |
coercive power | kuasa paksaan | Pentadbiran | Tiada | Autoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang mengehadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun kuasa paksaan masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan. |
female murder | pembunuhan wanita | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang pada lazimnya dilakukan oleh lelaki dengan menyasarkan wanita sebagai mangsa kerana mangsa ialah wanita. Contohnya, pembunuhan wanita yang dilakukan oleh lelaki kerana perasaan kecewa terhadap wanita tersebut. Contoh lain ialah pembunuhan bayi oleh ahli keluarga kerana bayi itu perempuan. |
pathological fire-setting | pembakaran patologi | Perubatan | Psikiatri | Perbuatan membakar yang dilakukan oleh seseorang kerana dipengaruhi oleh penyakit mental, terencat akal, alkohol atau dadah. |
defensive coping | kendalian defensif | Kejururawatan | Tiada | Tindakan membela diri oleh pesakit kerana tidak menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya menghadapi masalah kesihatan. |
hill station | stesen bukit | Pelancongan | Tiada | Puncak bukit yang dikunjungi oleh pelancong kerana suhunya yang rendah dan pemandangan yang menarik seperti di Bukit Larut, Perak. |
ghost town | bandar tinggal | Pelancongan | Tiada | Bandar lama yang ditinggalkan oleh penghuni kerana kehabisan sumber ekonomi untuk menampung kehidupan. |
world heritage site | tapak warisan dunia | Pelancongan | Tiada | Tempat yang diiktiraf oleh UNESCO kerana mempunyai sejarah dan budaya sesuatu bangsa yang tidak ternilai. |