Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
explosion insuranceinsurans letupaninsuransTiadaPerlindungan terhadap kerugian harta oleh sebab letupan tetapi tidak termasuk letupan dandang wap, paip dan peralatan tertentu yang memerlukan kuasa tekanan. Polisi ini biasanya merupakan sebahagian daripada Endorsemen Perlindungan Diperluas.
isosteric surfacepermukaan isosterikSainsTiadaPermukaan yang isi padu spesifiknya tetap. Oleh sebab isi padu spesifik merupakan songsangan ketumpatan maka permukaan isosterik juga isopiknik.
neutral zonezon berkecualiSukanLumba BasikalKawasan dan masa yang tidak dikira dalam pertandingan,oleh sebab kemalangan atau bencana alam.
nanoparticle reactivitykereaktifan nanozarahFizikNanoteknologiKeaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm.
excitoneksitonFizikNanoteknologiPasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain.
liquid junction potentialkeupayaan simpangan cecairKimiaKimia AnalisisKeupayaan yang terbit apabila terdapat jambatan garam sebagai simpang secair oleh sebab adanya perbezaan kadar pembauran ion-ion di antara larutan. Kadar pembauran bergantung kepada saiz, bentuk dan berat.
atomic spectroscopyspektroskopi atomNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKajian tentang sinaran elektromagnet yang diserap dan dipancar oleh atom. Oleh sebab setiap unsur mempunyai ciri-ciri spektra yang unik maka spektroskopi atom digunakan untuk menentukan kandungan unsur dalam sampel.
master boot recordrekod but indukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempat khas dalam cakera keras yang menyimpan maklumat lokasi sistem pengendalian untuk dijalankan. Oleh sebab lokasi ini mengandungi rutin permulaan sistem pengendalian, maka rekod ini boleh ditukar untuk memaksa sistem menjalankan kod hasad seperti virus apabila komputer dimulakan. Sinonim sektor but.
after chargecaj selepasinsuransTiadaCaj tambahan kadar premium insurans kebakaran oleh sebab kekurangan yang ada pada sesebuah bangunan dan kekurangan ini boleh diperbaiki oleh pemilik. Contoh: bangunan tinggi yang tidak mempunyai sistem pemadam kebakaran.
acceptorpenerimaFizikNanoteknologiUnsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik.
12345

Kembali ke atas