Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lo/] | اولوق

Definisi : ; olok-olok main-main, lawak-lawak: bang­­kangannya itu hanya ~ sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gam­bar ~ gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang; berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada halangannya, asal berketika dan pd tempatnya; mengolok-olokkan, memperolok-olok, mem­­­­perolok-olokkan, memperolokkan mem­permainkan dgn perkataan atau per­buatan (spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka diperolok-olok­kan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya; olok-olokan, olokan olok-olok; perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lo/] | اولوق

Definisi : ; olok-olok tidak sungguh-sung­guh (bkn sesuatu perbuatan atau perca­kapan); utk bermain-main saja: Saya harap saudara tidak marah, itu cuma ~ saja. bukan ~ sungguh-sungguh. berolok-olok bermain-main dgn per­kataan atau dgn perbuatan (spt me­n­yin­dir, mengejek, berkelakar): ~ boleh, tetapi hendaklah kena pd tem­pat dan masanya. mengolok-olokkan membuat se­sua­tu dgn olok-olok. memperolok-olokkan mempermainkan orang lain dgn perkataan atau dgn perbuatan; men­jadikan sesuatu sbg bahan utk berolok-olok: Saya tidak suka saudara ~ saya begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virus hoaxvirus olok-olokTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang kononnya wujud dalam sistem komputer yang merupakan fail virus yang mampu menyebabkan kerosakan dahsyat kepada sistem komputer. Maklumat palsu ini menyatakan kononnya wujud satu atau lebih fail sistem komputer yang telah dijangkiti virus berbahaya. Maklumat ini juga akan menyebabkan pengguna menjadi panik dan akan berusaha mencari dan membuang fail yang dinamakan tersebut daripada sistem komputer. Biasanya fail yang dinamakan dalam maklumat palsu ini adalah sebenarnya sebahagian daripada sistem pengoperasian. Pembatalan fail tersebut akan menyebabkan sistem pengoperasian tidak dapat berfungsi dengan betul atau berhenti sepenuhnya.
perceived constipationsembelit olok-olokKejururawatanTiadaTanggapan sembelit yang tidak benar.
nonsense versesajak cadaiKesusasteraanTiadaPuisi yang tidak menunjukkan kesungguhan penyair semasa menciptanya, sama ada dari segi pemilihan tema dan persoalan, pembentukan struktur mahupun teknik penceritaannya. Seolah-olah sajak main-main atau olok-olok dan apabila dibaca tiada sesuatu faedah yang didapati oleh pembaca.

Kembali ke atas