Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata omo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
australopithecusaustralopithecusArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAustralopithecus bermaksud kera dari selatan. Nama ini diberikan oleh Raymond Dart pada tahun 1924 pada tengkorak yang ditemui di Taung, Afrika Selatan kerana tengkorak tersebut mempunyai ciri kera yang hampir dengan ciri manusia. Australopithecus mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada saiz otak cimpanzi walaupun saiz tempurung otaknya sama dengan saiz tempurung cimpanzi. Gigi taring dan gerahamnya hampir sama dengan ciri milik manusia kerana cara mengunyah dari kiri ke kanan dan bukan dari depan ke belakang seperti kera, dan mempunyai susunan gigi yang mendatar seperti gigi manusia. Berdasarkan penemuan di Olduvai, Tanzania, dipercayai Australopithecus telah menghasilkan artifak pebel. Terdapat pelbagai spesies Australopithecus, iaitu A, boisei, A.africanus dan A. robustus. Penemuan tertua di Omo Valley, Ethiopia berusia sekitar tiga juta tahun.

Kembali ke atas