Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.pe.ra] | اوڤرا

Definisi : sj drama yg disertai dgn nyanyian dan muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.pe.ra] | اوڤرا

Definisi : pertunjukan pentas atau bangsa­wan yg disertai nyanyian dan muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata opera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Chinese operaopera CinaMuzikTiadaTeater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera Kan­tonis di Malaysia terdiri daripada yiahu, yuehu, pipa, yang qin, saksofon, violin dan gitar Hawaii.
light operaopera ringanKesenianTiadaCorak persembahan opera yang membawa cerita lebih sederhana dan turut mengandungi dialog selain lagu dan muzik. Dalam konteks masa kini, teater muzikal boleh dianggap sebagai opera ringan. Sinonim opereta.
operaoperaKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque.
comic operaopera komikKesenianTiadaLihat opera komedi.
ariettaariettaMuzikTiada1. Sebuah aria pendek, ringkas dan biasanya dikaryakan dalam bentuk biner. 2. Aria yang dikenali sebagai arietta dalam opera Perancis muncul pada awal abad ke-18. Manakala pada akhir abad ke-18, arietta ialah sebuah lagu opéra comique Perancis yang melibatkan teknik vokal virtuoso.
bangsawanbangsawanKesusasteraanTiadaSejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Bangsawan of Penang (1914). Kumpulan ini kemudiannya berkembang di Sumatera, dan dikenali oleh Opera Stambul. Bangsawan mengalami kemerosotan selepas Perang Dunia Kedua dan semasa penjajahan Jepun. Persembahan bangsawan kemudiannya diambil alih oleh sandiwara. Contoh bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuh, dan Bawang Putih Bawang Merah. Lihat juga sandiwara, stambul.
zarzuelazarzuelaKesusasteraanTiadaTeater opera di Filipina yang berasal dari Sepanyol. Pada peringkat permulaan, zarzuela dipersembahkan di Filipina dalam bahasa Sepanyol dan meniru persembahan dari negara tersebut. Seterusnya, skrip zarzuela ditulis dalam bahasa Tagalog. Zarzuela mempersembahkan cerita yang bertemakan politik dan permasalahan sosial. Namun, terdapat juga persembahan yang menyentuh permasalahan kehidupan keluarga dan percintaan. Bentuk teater ini dibawa ke Filipina oleh Dario Cespedes, iaitu seorang penyair dan dramatis Sepanyol.
operettaoperetaKesenianTiadaLihat opera ringan.
likaylikayKesusasteraanTiadaTeater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
12

Kembali ke atas