Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata operandi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modus operandimodus operandiKriminologiKeadilan JenayahKaedah atau cara sesuatu jenayah dilakukan.
patterns of crimepola jenayahKriminologiKeadilan JenayahPola yang merangkumi bentuk, jenis, modus operandi, trend, kekerapan sesuatu jenayah di sesuatu kawasan untuk tempoh tertentu, dan pola ini dapat dianalisis melalui laporan jenayah di kawasan tersebut. Pola jenayah ini membantu pihak berkuasa untuk meramal insiden jenayah serta membantu dalam melaksanakan program pencegahan jenayah di kawasan itu.
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.
penetration signaturetandatangan penembusanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Maklumat mengenai keadaan sistem atau kumpulan syarat yang perlu dicapai dalam sistem komputer dan juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan.

Kembali ke atas