optical instrument | alat optik | Fizik | Optik | Sistem optik yang bertindak pada cahaya untuk tujuan tertentu seperti pembentukan imej nyata, imej maya, spektrum optik, cahaya terkutub atau jarak gelombang tertentu. |
optical aberration | aberasi optik | Fizik | Optik | Kegagalan sistem optik untuk membentuk imej sempurna, contohnya aberasi sferaan, koma, astigmatisme, kelengkungan medan, herotan dan aberasi kroma. |
optical isomerism | isomerisme optik | Fizik | Optik | lih. keisomeran optik. |
Gauss optics | ilmu optik Gauss | Fizik | Optik | Cabang ilmu optik yang menghuraikan teori yang menggantikan sinus ? dengan O di dalam hukum Snell. |
integrated optic device | peranti optik kamir | Kejuruteraan | Tiada | Peranti optik yang mengira data optik. |
stress-optic law | hukum tegasan optik | Fizik | Optik | Hukum yang menyatakan bahawa apabila plat lut sinar dikenakan tegasan, lambatan relatif antara dua komponen yang terhasil daripada biasan ganda sama dengan Ct(p - q) = n? (C = pekali tegasan optik, t = tebal plat, p, q = tegasan utama, n = nombor pinggir dan ? = jarak gelombang). |
fibre optik polarizer | pengutub optik gentian | Kejuruteraan | Tiada | Alat yang dapat mengekalkan satu daripada dua mod pengutuban di dalam gentian. |
optics | ilmu optik | Fizik | Optik | 1 Cabang ilmu fizik yang mengkaji cahaya dan penglihatan. 2 Kajian fenomenon yang berkaitan dengan penjanaan, pemancaran, pengesanan sinaran elektromagnet dalam julat spektrum bermula daripada pinggir gelombang panjang bagi julat sinar-x ke pinggir gelombang pendek julat radio, atau dalam jarak gelombang daripada lebih kurang 1 nanometer ke 1 milimeter. |
optical anomaly | anomali optik | Fizik | Optik | Sifat sebatian organik tertentu, yang nilai tercerap bagi pembiasan malarnya tidak sesuai dengan nilai yang dikira daripada atom setara dan unit struktur yang lain. |
optical flat | datar optik | Fizik | Optik | Permukaan yang sangat rata dan biasanya mempunyai darjah ketakrataan yang tidak melebihi jarak gelombang cahaya. |