Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
optimum (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terbaik, paling baik, tertinggi, paling tinggi, teratas, paling atas, maksimum, unggul.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alignmentpenyejajaranBiologiGenetik1. Penyusunan dua atau lebih jujukan polipeptida supaya asid amino yang seiras atau serupa diposisikan secara optimum. 2. Penyusunan dua atau lebih jujukan DNA supaya nukleotida yang seiras diposisikan secara optimum. Penyusunan yang kompleks ini dilakukan dengan bantuan komputer menggunakan perisian penganalisisan DNA dan protein.
incubateeramPerubatanTiada1. Meletakkan pada situasi yang optimum, misalnya pada suhu dan lembapan yang sesuai untuk pertubuhan sel.,2. Mengekalkan kultur atau campuran tindak balas pada suhu yang tetap.
objective functionfungsi matlamatMatematikTiada1. Fungsi di mana nilai optimum dicari dalam masalah pengoptimuman, terutama fungsi yang mempunyai kekangan.
pinbole camerakamera lubang jarumFizikOptikKamera fotograf yang kantanya digantikan dengan liang kecil. Garis pusat optimum bagi liang ni diberikan sebagai 1.9 ?a?, (a adalah jarak layar dari liang dan ? adalah jarak gelombang cahaya.)
constraintkekanganMatematikTiadaSyarat yang menyekatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Dalam pengaturcaraan linear, masalah menentukan nilai optimum bagi 3x + 5y di bawah kekangan x ≥ 0, y ≥ 0, 2x - y ≥ 1, dan x + y ≤ 5 bererti penyelesaian harus dicari bagi x dan y yang memenuhi kekangan yang dinyatakan.
retardrencatKejuruteraanTiada1. Struktur perlindungan tebing boleh telap, ditempatkan di kaki cerun dan selari dengannya dan mengunjur ke dalam saluran sungai, direka bentuk untuk menyemak halaju sungai dan mengaruhi pengelodakan atau pertumbuhan.,2. Mengeset pemasaan pencucuhan supaya bunga api berlaku lebih lewat daripada pemasaan optimum.
program coverageliputan rancanganKomunikasiKorporat1. Proses membuat liputan sesuatu acara di luar studio radio dan televisyen. Genre rancangan adalah pelbagai, iaitu daripada yang berbentuk bicarawara hingga ke genre hiburan dan liputan acara rasmi hal ehwal semasa. Contohnya, liputan rancangan di Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepentingan dan kerasmian sesuatu acara atau majlis yang berlangsung, ciri khalayak, serta waktu dan tempoh siaran. Bagi stesen swasta, liputan sesuatu rancangan dilakukan sekiranya memberikan pulangan yang tinggi kepada stesen berkenaan. 2. Jumlah isi rumah yang menerima sesuatu rancangan melalui satu atau lebih stesen. Hal ini disebabkan penilik radio atau televisyen berkenaan berada di kawasan yang dapat dicapai oleh liputan siaran rancangan tersebut. 3. Liputan kandungan sesuatu rancangan radio atau televisyen. Liputan ini merangkumi isi atau inti pati penting yang wujud dalam sesebuah rancangan yang boleh memberikan gambaran dengan jelas mengenai genre dan tema rancangan yang dapat memberikan kesan optimum kepada khalayak. Melalui rancangan ini, jenis khalayak sasaran boleh dikenal pasti. Maklumat ini sering untuk menjadi petunjuk kepada para pengiklan supaya menyesuaikan jenis iklan yang dirancang agar bersesuaian dengan tema dan kandungan liputan rancangan tersebut.
seed densitykepadatan biji benihPertanianAgronomi

 Kuantiti atau bilangan biji benih yang digunakan untuk penanaman bagi satu unit kawasan. Contohnya, 25 kg - 30 kg biji benih padi digunakan untuk menanam padi seluas 1 hektar. Terdapat kepadatan biji benih yang optimum dan memberikan hasil terbaik untuk tanaman tertentu.


Kembali ke atas