Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Naga ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infrahistoriainfrahistoriaKesusasteraanTiadaKarya sastera yang berlegar di sekitar kehidupan orang kebanyakan. Biasanya karya ini mengisahkan kehidupan golongan miskin atau golongan rendah, biasanya kurang penting dan berlaku di tempat yang kurang dikenali. Istilah ini dicipta oleh Miguel de Unamuno, seorang penyair dan novelis yang menghasilkan novel Poesias dan Rosario de Sonetos.
populist groupkumpulan populisSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang berjuang untuk kepentingan golongan bawahan atau orang kebanyakan. Gerakan ini sering menggunakan isu kesusahan golongan tani, buruh dan pekerja bawahan lain untuk mendapatkan sokongan daripada golongan popular ini. Isu pekerjaan dan tempat kerja, perumahan dan kesesakan, pendapatan dan kemiskinan serta isu penindasan dan kebebasan merupakan isu utama yang dilaungkan oleh kelompok ini. Kumpulan populis berkembang di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19 yang banyak berjuang untuk kepentingan golongan tani. Contohnya Parti Populist yang dibentuk pada tahun 1892 di Amerika Syarikat.
repressionpenekananSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk.
protest movementgerakan protesSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan membantah yang dibuat oleh satu organisasi rasmi atau kelompok orang kebanyakan yang tidak rasmi kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti. Bantahan ini dibuat dalam bentuk demonstrasi, piket, penyerahan surat atau memo, tidak hadir bekerja atau berhenti secara beramai-ramai. Bantahan seperti demostrasi dan piket ditunjukkan kepada orang awam bagi menarik simpati atau sokongan. Biasanya gerakan seperti ini tidak melakukan keganasan. Contohnya, penyerahan memo oleh beberapa NGO kepada Kedutaan Amerika Syarikat sebagai gerakan protes mereka terhadap serangan kuasa besar itu ke atas Iraq.
patron-clientpenaung-klienSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan dua hala yang tidak seimbang antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan simbiosis ini sukar dirungkai dalam masyarakat kerana sudah berlangsung lama dan diwarisi secara turun-temurun. Sinonim penaung-dinaung. Lihat juga sistem naungan.
patronage systemsistem naunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang bergantung kuat kepada hubungan penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan masyarakat yang memiliki segala aktiviti baik dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang berlegar dalam hubungan yang sama. Semua anggota masyarakat sudah terikat dengan amalan ini sehingga dianggap sebagai budaya. Sistem penaungan ini diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila tuan tanah menjadi penaung utama dalam masyarakat tersebut.
rule of lawkedaulatan undang-undangSains PolitikPolitik PerbandinganPeraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini.
orientalismorientalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis.
permanent total disabilityhilang upaya menyeluruh kekalinsuransTiadaKeadaan yang menyebabkan pihak tercedera tidak boleh bekerja langsung seumur hidup. Kebanyakan undang-undang pampasan menyatakan bahawa kecederaan tertentu seperti kehilangan kaki seharusnya menjadi hilang upaya menyeluruh kekal tanpa mengambil kira kemampuan orang yang tercedera untuk membuat kerja ringan.
opposing writerpenulis penentangKesusasteraanTiadaPenulis yang mempertikaikan ideologi politik dan budaya negara sendiri melalui karya mereka. Kebanyakan penulis berasal dari negara komunis seperti Boris Pasternak, Mikhail Zoshdrenko, Anna Akhmatova dan Alexander Solzhenitsyn dari Rusia, serta Vadav Havel dan Milan Kundera dari Czechoslovakia. Contoh penulis penentang di Asia Tenggara ialah Pramoedya Ananta Toer dan W. S. Rendra. Penulis lain ialah Taufik Ismail dari Indonesia melalui karyanya Malu Aku Menjadi Orang Indonesia.
12

Kembali ke atas