Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat sepit kerana kempa.

Bermaksud :

Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang. kempa = apitan.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pressured speechpertuturan terus-menerusPerubatanPsikiatriPercakapan yang berlebihan, tidak teratur, lebih cepat daripada biasa dan kuat yang boleh mengganggu orang lain.
flashbang grenadebom denyarPengurusanTiadaAlat letupan yang mengeluarkan dentuman yang sangat kuat dan lampu terang untuk mengelirukan orang ramai tetapi tidak membawa maut.
power brokerbroker kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang berupaya rnempengaruhi keputusan politik atau pilihan raya dalam sesuatu kawasan melalui penguasaannya terhadap orang lain. Broker ini merupakan individu yang terkenal atau mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Pandangannya mudah diikuti oleh orang lain dan seterusnya boleh menentukan agihan kuasa politik dalam kawasannya. Calon yang bertanding dalam pilihan raya atau parti politik akan mengharapkan bantuan broker politik untuk rnemastikan kemenangan mereka. Contohnya, broker politik di Itali yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Mafia.
patronage systemsistem naunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang bergantung kuat kepada hubungan penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan masyarakat yang memiliki segala aktiviti baik dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang berlegar dalam hubungan yang sama. Semua anggota masyarakat sudah terikat dengan amalan ini sehingga dianggap sebagai budaya. Sistem penaungan ini diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila tuan tanah menjadi penaung utama dalam masyarakat tersebut.
territorial principalitywilayah rajaSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria.

Kembali ke atas