Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Balasatudin berasal nama,
     Yang bernama si Simpanglah Tiga;
Orang lain bukan tak ada,
     Abang seorang masih di mata.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(344)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baileebailiinsuransTiadaSeseorang yang diberi kepercayaan untuk menjaga harta orang lain. Contoh: pemilik gudang yang menyimpan barang-barang orang lain.
participatory offencesjenayah penyertaanKriminologiKeadilan JenayahKesalahan jenayah kerana memberi bantuan secara subahat kepada orang lain yang melakukan jenayah. Contohnya, seseorang individu menyediakan senjata kepada orang lain yang ingin melakukan rompakan atau pembunuhan.
sarcasmsindiranKesusasteraanTiadaPerkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi.
control freakkaki kawalPsikologiTiadaIndividu yang mempunyai keinginan keterlaluan untuk mengawal diri sendiri dan orang lain bagi memastikan mereka melakukan perkara seperti yang diingini olehnya dalam sebarang keadaan. Individu ini sentiasa menganggap bahawa dirinya adalah yang terbaik sehingga mengawal orang lain agar mengikut jejak langkahnya.
identity theftkecurian identitiKriminologiKeadilan JenayahTindakan menggunakan nama orang lain dan maklumat peribadi orang tersebut secara sengaja tanpa kebenaran pemilik identiti tersebut untuk mendapatkan faedah peribadi. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada secara dalam atau luar talian. Contohnya, seseorang individu yang menggunakan maklumat kad kredit orang lain untuk tujuan pembelian barangan dalam talian.
antisocial personality disorderkecelaruan personaliti antisosialKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk kecelaruan apabila individu tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah dan sentiasa menafikan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga tiada belas kasihan serta tidak berasa bersalah terhadap tindakan yang dilakukan. Mereka sering memanipulasi situasi atau pemikiran orang lain, bersifat menentang dan melayan orang lain dengan kasar. Mereka juga sering melanggar undang-undang seterusnya melakukan jenayah.
power brokerbroker kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang berupaya rnempengaruhi keputusan politik atau pilihan raya dalam sesuatu kawasan melalui penguasaannya terhadap orang lain. Broker ini merupakan individu yang terkenal atau mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Pandangannya mudah diikuti oleh orang lain dan seterusnya boleh menentukan agihan kuasa politik dalam kawasannya. Calon yang bertanding dalam pilihan raya atau parti politik akan mengharapkan bantuan broker politik untuk rnemastikan kemenangan mereka. Contohnya, broker politik di Itali yang mempunyai hubungan dengan kumpulan Mafia.
egoismegoismeKesusasteraanTiadaSikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego.
voyeurismvoyeurismePerubatanPsikiatriAmalan mengintai orang lain bertelanjang dan melakukan aktiviti seks untuk memperoleh keseronokan atau kepuasan seks.
pleaserpenggembiraUmumTiadaSeseorang yang suka membuatkan orang lain gembira.
12345678910...

Kembali ke atas