Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kain putih panjang berela,
     Jahit mari benang kasturi;
Hati suka main berdua,
     Orang luar apa peduli.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exotic musicmuzik eksotikKesenianTiadaMuzik budaya setempat yang ganjil dan istimewa bagi orang luar.
exclusivityketakterangkumanUmumTiadaDasar ketertutupan peluang hanya kepada sesuatu kumpulan tertentu dan melarang keterlibatan orang luar.
YankeeYankeeSains PolitikPolitik PerbandinganGelaran kepada orang Amerika Syarikat oleh orang luar. Dalam negara Amerika Syarikat sendiri, gelaran ini dirujuk kepada penduduk timur laut negara tersebut iaitu di sekitar New England. Nama ini diberi oleh penduduk Perancis yang datang awal ke kawasan tersebut kepada pendatang Inggeris yang tiba kemudian. Walau bagaimanapun, gelaran yankee kini lebih banyak merujuk kepada semua penduduk Amerika Syarikat dari New England tanpa mengira asal keturunannya.
private areakawasan persendirianLandskapTiadaKawasan hak milik individu atau badan tertentu yang tidak boleh dicerobohi oleh orang luar.
ideal type bureaucracybidang kuasa pentadbiranPentadbiranTiadaDasar atau peraturan yang menyentuh hal ehwal penyeberangan sempadan negara yang melibatkan warganegara mahupun bukan warganegara. Dasar ini berkisar persoalan pengeluaran passport, kemasukan orang luar ke dalam negara, menangani masalah pendatang haram, penerimaan pekerja asing dan pengeluaran permit kerja, pengiktirafan suaka politik dan pelarian serta status penduduk tetap dan kewarganegaraan. Dasar yang banyak melibatkan undang-undang ini boleh jadi berbeza antara satu negara dengan yang lain. Dasar yang tertutup atau ketat menyukarkan penerimaan kemasukan warga asing ke dalam negara sama ada sebagai pelarian, pekerja mahupun pemohon penduduk tetap atau kewarganegaraan. Negara ini mungkin memerlukan visa dan pelawat perlu melalui pemeriksaan yang rapi sebelum dibenar masuk. Bagaimanapun bagi dasar imigresen yang longgar atau terbuka ia akan bersifat fleksibel dan boleh menerima pelarian, suaka politik, permohonan penduduk tetap atau warga negara dengan kadar yang lebih segera dan ringkas. Contoh dasar imi
Memorandum and Article of AssociationMemorandum dan Artikel PersatuanAuditTiadaDokumen undang-undang yang diperlukan dalam penubuhan syarikat. Memorandum ini menggariskan dan menghuraikan komponen penting dalam struktur sesebuah syarikat yang dapat mengawal selia hubungan antara syarikat dengan orang luar. Tataurusan persatuan pula membentuk perlembagaan syarikat dengan memperincikan kaedah dan peraturan untuk mengawal pengurusan dalaman hal ehwal sesebuah syarikat.
farasiafarasiaKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik sekeping, longgar, labuh dan berleher serelum. Pada asalnya pakaian ini menjadi jubah luar orang-orang Arab, Mesir di Timur-Tengah pada kurun yang pertama.
candyskandisKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik sekeping, longgar, labuh dan berleher serelum. Pada asalnya pakaian ini menjadi jubah luar orang-orang Arab, Mesir di Timur Tengah pada kurun yang pertama.
caftankaftanKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik sekeping, longgar, labuh dan berleher serelum. Pada asalnya pakaian ini menjadi jubah luar orang-orang Arab, Mesir di Timur Tengah pada kurun yang pertama.
cafetankafetanKesenianTiadaPakaian yang dibuat daripada fabrik sekeping, longgar, labuh dan berleher serelum. Pada asalnya pakaian ini menjadi jubah luar orang-orang Arab, Mesir, di Timur Tengah pada kurun yang pertama.
123456

Kembali ke atas