Hegemony | hegemoni | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberi sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama. |
mass opinion | pendapat massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut. |
totalitarianism | totalitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada pemerintahan seorang diktator atau satu parti tunggal. Fahaman ini menghalang kebebasan orang ramai serta meletakkan kedudukan rakyat subordinat di bawah kuasa pemerintah dalam semua aspek kehidupan. Penggunaan kekerasan, sekatan kebebasan dan hukuman yang berat kepada orang ramai merupakan ciri-ciri utama fahaman ini untuk memastikan matlamat pemimpin atau negara tercapai. Contohnya, sistem pemerintahan komunis semasa Stalin di Soviet Union dan Fasis Hitler di Jerman. Sinonim faham totalitarian. |
popular mobilization | mobilisasi popular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan yang membangkitkan semangat orang ramai untuk mendorong mereka menuntut sesuatu daripada pemerintah dan dilakukan secara berhimpun serta berarak. MobiIisasi ini biasanya terdapat di negara komunis seperti di China yang dipimpin oleh Mao Tse Tung. Walau bagaimanapun gerakan ini tidak lagi terbatas kepada negara komunis tetapi sudah menular ke negara bukan komunis seperti FiIipina dan Indonesia pada dekad 1980-an dan 1990-an. Melalui gerakan ini, orang ramai dipengaruhi dengan sesuatu isu, idea atau tuntutan yang menarik. Ini menyebabkan mereka sanggup berkumpul untuk menunjukkan kepada pemerintah bahawa mereka mendapat sokongan majoriti dan kerajaan tidak ada piIihan selain memenuhi tuntutan mereka. |
representative democracy | demokrasi berperwakilan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan demokrasi tidak langsung yang memerlukan wakil rakyat untuk menyuarakan kepentingan orang ramai serta membincangkan masalah dan kepentingan negara. Sistem perwakilan terpaksa dibentuk kerana demokrasi langsung tidak mungkin dilaksanakan lagi, kesan daripada penduduk yang ramai. Dengan itu, orang ramai memilih wakil rakyat dalam pilihan raya untuk mewakili suara mereka. Kelompok perwakilan yang mendominasi dewan perundangan akan membentuk kerajaan manakala selebihnya akan menjadi pembangkang. Terdapat dua jenis demokrasi perwakilan iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Contohnya, Malaysia telah melaksanakan amalan demokrasi berperwakilan sejak mula merdeka hingga kini. Malaysia juga dikuasai oleh kerajaan Perikatan dan kini dikenali sebagai Barisan Nasional. |
bandwagon effect | kesan sampan tunda | Sains Politik | Politik Perbandingan | Suatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik. |
public hall | dewan orang ramai/balai raya | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
representative govemment | kerajaan berperwakilan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan juga bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan dan perlu peka kepada kehendak orang ramai yang boleh menjatuhkan mereka melalui undi tidak percaya wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia. |
lockdown | sekatan pergerakan | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
lockout | sekatan masuk | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan. |