Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara penge­luar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pucuk pauh batangnya pauh,
     Tengah-tengah pokok mengkudu;
Tuan jauh adik pun jauh,
     Sama-sama menahan rindu.


Lihat selanjutnya...(157)
Peribahasa

Ke atas tidak berpucuk,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

Bermaksud :

Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active attackserangan aktifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPercubaan memutuskan hubungan komunikasi dengan cara menghalang penghantaran mesej, mengubah mesej, menyimpan mesej dan menghantarkan kembali pada masa akan datang, atau bertindak sebagai �orang tengah� di antara penghantar dan penerima. Contohnya, tindakan melancarkan serangan DoS terhadap suatu sistem komputer sehingga menyebabkan pengguna lain tidak dapat mencapai sistem komputer tersebut. Banding serangan pasif dan serangan ulangan.
fistballbola penumbukSukanTiadaPermainan yang terdiri daripada lima (5) orang pemain sepasukan yang dimainkan dengan cara menumbuk bola menggunakan penumbuk ke dalam kawasan lawan supaya melepasi jaring tinggi yang direntangkan di tengah-tengah gelanggang.
anabasisanabasisKesusasteraanPuisiGaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ...
inexact rhymerima tak tepatKesusasteraanPuisiPembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit.

Kembali ke atas