association book | naskah pertalian | Perpustakaan | Tiada | Naskhah yang mempunyai inskripsi autograf atau nota-nota oleh pengarang atau yang berkaitan rapat dengan orang terkenal yang memilikinya, atau kepunyaan seseorang yang berkaitan dengan kandungan buku tersebut. |
character | watak; aksara; ciri | Perpustakaan | Tiada | 1. Aksara: Simbol yang digunakan di dalam sistem memproses data seperti nombor, huruf, abjad, tanda baca atau ruang untuk tujuan mendapatkan kembali maklumat.,2. Bentuk dan gaya tulisan tangan.,3. Watak: Orang terkenal yang wujud dalam keadaan sebenar atau rekaan, sama ada di dalam opera atau karya kesusasteraan imaginatif terutama di dalam novel atau drama. |
personage | pembesar; orang;; watak (drama) | Sejarah | Tiada | Pembesar: Orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan tergolong dalam golongan orang-orang yang ternama dan terkenal dalam masyarakat. |
guest scriptwriter | penulis skrip tamu | Komunikasi | Tiada | Orang yang terkenal sebagai pakar dalam bidang penulisan skrip yang dijemput oleh sesebuah organisasi penerbitan untuk menghasilkan projek penerbitan tertentu. |
clerihew | clerihew (puisi) | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi ringan yang mengandungi dua kuplet yang tidak sama pada iramanya dan mengambil nama orang yang terkenal untuk membentuk salah satu daripada iramanya. |
Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |
al-mu‘allaqah | al-mu‘allaqah | Kesusasteraan | Tiada | Puisi bertintakan emas yang digantung di dinding Kaabah pada zaman Jahiliah. Tujuh orang penyair al-mu‘allaqah yang terkenal ialah Imru’ al-Qays, Zuhayr ibn Abi Sulma, al-Nabighah al-Dhubyani, al-A‘sha, Lubayd ibn Abi Rabi‘ah, ‘Amr ibn Kulthum dan Tarafah ibn al-‘Abd. Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa jumlah penyair al-mu‘allaqah ialah 10 orang, ditambah tiga orang penyair, iaitu al-‘Absi, `Ubayy al-Abras, dan al-Harith ibn al-Hilizzah. Al-mu‘allaqah dikenali juga sebagai al-mudhahhabat. |
Yahoo | Yahoo | Teknologi Maklumat | Perisian | Perkataan yang berasal daripada akronim Yet Another Hierarchical Officious Oracle. Yahoo direka pada tahun 1994 dalam bentuk direktori tapak web oleh dua orang pelajar Stanford University, Amerika Syarikat iaitu David Filo dan Jerry Young sebagai hobi. Kini, Yahoo telah menjadi salah satu enjin gelintar yang terkenal dan merupakan salah satu portal web yang paling banyak dilawati. |
Mossad | Polis Rahsia Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Badan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad |
tract | tract | Kesusasteraan | Tiada | Risalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�. |