Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.de] | اوردى

Definisi : = order IB sistem, peraturan, susunan; ~ baru a) peraturan (pemerintahan, dll) secara baru (sistem pemerintahan sesudah jatuhnya Sukarno); b) peraturan (golongan, aliran, dsb) yg baru atau yg muncul pd waktu-waktu kebe­lakangan; ~ lama a) sistem pemerin­tahan pd zaman Sukarno; b) peraturan (go­longan, aliran, dsb) yg lama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata orde


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
New World OrderOrde Baru DuniaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerihal keadaan politik dunia yang berubah akibat kejatuhan komunisme selepas tamat Perang Dingin pada akhir tahun 1990. Sebelum tahun 1990, imbangan kuasa adalah berasaskan persaingan antara dua pihak atau pusat, iaitu Kesatuan Soviet dan sekutunya dengan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kini, terdapat beberapa pusat kuasa di dunia serta pelbagai isu baru. Antara isu yang timbul dalam Orde Dunia Baru adalah berkenaan senjata nuklear, kimia dan biologi, masalah alam sekitar seperti pemanasan global, keganasan di Timur Tengah dan ancaman pengganas.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, da

Kembali ke atas