action oriented | berorientasikan tindakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan. |
agrarian reform | reformasi agraria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang bertujuan mengubah hala tuju dan orientasi sektor pertanian. Tindakan ini diambil ekoran daripada persaingan yang wujud antara sektor pertanian dengan perindustrian serta kebimbangan terhadap terpinggirnya sektor ini dalam sumbangannya kepada pembangunan negara. Melalui program pemulihan, sektor pertanian diberi orientasi yang bersifat komersial dalam setiap produktiviti yang dihasilkan. Contohnya, pembaharuan agraria di Malaysia yang dibuat melalui penerokaan tanah pertanian seperti tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Sinonim pembaharuan agraria/pemulihan agrarian. |
family of orientation | keluarga orientasi | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
consumer-oriented marketing | pemasaran orientasi pengguna | Pentadbiran | Tiada | Prinsip pemasaran yang menyatakan bahawa syarikat harus mengurus aktiviti pemasaran dari sudut pandangan pengguna. |
anterior | anterior | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut. |
posterior | posterior | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian belakang jasad. Contohnya, jantung terletak pada posisi posterior dari tulang rusuk. |
molecular docking | pengedokan molekul | Bioinformatik | Tiada | Peramalan orientasi dan ikatan interaksi antara molekul (DNA, RNA atau protein) dengan ligan apabila kedua-duanya berikat untuk menghasilkan kompleks yang stabil. |
relative angular position | posisi bersudut relatif | Sains Sukan | Biomekanik | Orientasi satu garisan relatif kepada garisan yang lain atau satah yang mungkin tidak berubah yang diwakili oleh unit darjah atau radian. |
political culture | budaya politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat dan orientasi politik yang diamalkan dalam sesebuah negara yang mengandungi elemen seperti kepercayaan, simbol dan sistem nilai. Semua tindakan politik dalam masyarakat berasaskan kepada elemen ini. Budaya politik juga boleh mengalami perubahan melalui proses yang dikenali sebagai proses sosialisasi, tetapi mengambil masa yang panjang. Sarjana terkenal dalam bidang ini iaitu Gabriel Almond telah membahagikan budaya politik kepada tiga jenis iaitu Parokial, Subjek dan Partisipan. Parokial merupakan budaya politik yang lemah, Subjek pula merupakan budaya politik yang tidak kritikal terhadap kerajaan manakala Partisipan ialah budaya politik yang aktif dan kritikal terhadap pemerintah. |
spin transport | pengangkutan spin | Fizik | Nanoteknologi | Perpindahan elektron antara dua bahan yang orientasi spinnya kekal. Contoh bahan tersebut ialah heterostruktur superkonduktor-feromagnet, logam bukan magnet-feromagnet atau semua bahan semikonduktor yang salah satunya terdop dengan unsur bahan magnet. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan peranti spintronik untuk pemprosesan maklumat atau penstoran data. |