Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.kés.tra] | اورکيسترا

Definisi : (orkéstra) pasukan pancaragam yg besar bilangan ahli muziknya dan sesuatu jenis alat muzik (terutama biola, trompet, sakso­fon, dsb) dimainkan oleh beberapa orang pemuzik dgn seorang memimpin pasukan ini: O~ RTM; ~ simfoni orkestra yg mempersem­bahkan atau memainkan simfoni; mengorkestrakan mempersembahkan atau menggubah (lagu atau muzik) utk orkestra: dia ~ beberapa buah lagu rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.kés.tra] | اورکيسترا

Definisi : /orkéstra/ pasukan pancara­gam yg besar bilangan pemain muzik­nya dan mereka memainkan sesuatu jenis alat muzik (spt seksofon, biola) beramai-ramai dgn pimpinan seorang konduktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orkestra (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan orkes, pancaragam, kugiran, duet, trio, kuartet, kuintet, oktet, septet, sekstet.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
instrumentationinstrumentasiKesenianTiadaAlat muzik orkestra yang digunakan dalam persembahan.
orchestrationorkestrasiKesenianTiadaCara menggabungkan bunyi pelbagai alat muzik (orkestra) untuk menghasilkan sepaduan dan imbangan yang baik.
ritornelloritornelloMuzikTiada1. Bahagian muzik instrumental yang berfungsi sebagai pendahuluan, interlud atau poslud dalam sebuah muzik vokal pada abad ke-17. 2. Bahagian tutti, iaitu kumpulan besar atau bahagian orkestra dalam konserto groso. Lihat juga konserto.
paraphraseparafrasaMuzikTiada1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi po­pular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt.

Kembali ke atas