Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[or.to.doks] | اورتودوک‌س

Definisi : berpegang teguh pd peraturan, pen­dapat, prinsip, dsb yg diterima umum spt dlm agama, kelakuan atau sikap: begitu juga beberapa ilmu kebatinan yg bertentangan dgn Islam yg ~; keortodoksan perihal (keadaan) ortodoks: ~ tidak menolong masa kesusahan dlm amalan sosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[or.to.doks] | اورتودوک‌س

Definisi : berpegang pd pendapat yg diterima umum (ttg hal-hal agama, sikap dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ortodoks (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan diterima, diperkenan, menurut adat, menurut resam, mantap, rasmi, biasa, lazim, konformis, standard, tradisional.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orthodoxyfaham ortodoksSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah.
cathedralkatedralKesenianHiasan DalamanGereja besar tempat beribadat dan kegiatan keagamaan bagi penganut agama Kristian. Di dalamnya terdapat tempat khusus bagi ketua gereja, iaitu uskup. Dalam gereja Ortodoks Yunani terdapat tempat suci yang digunakan untuk uskup agung duduk, yang dikenali sebagai kathedrikos naos. Katedral berasal daripada bahasa Latin cathedra yang bermaksud tempat duduk.

Kembali ke atas