cognotechnology | kognoteknologi | Fizik | Nanoteknologi | Bidang teknologi terkini yang digunakan untuk kognitif domain hasil daripada gabungan antara nanoteknologi, bioteknologi dan teknologi maklumat. Contohnya, penggunaan nanoteknologi dalam implan otak untuk membolehkan otak yang rosak berfungsi secara normal. |
encephalitis | ensefalitis | Pendidikan | Tiada | Satu bengkakkan pada otak atau tisu lapisan luar otak yang disebabkan oleh beberapa virus. Sesetengahnya boleh mengakibatkan perubahan saraf yang berterusan selepas bengkakkan itu berhenti. Simptomnya seperti cepat penat, koma, sakit kepala dan lumpuh. |
Pick’s disease | penyakit Pick | Perubatan | Psikiatri | Penyakit neurodegeneratif yang menyebabkan kemusnahan sel-sel saraf otak dan pengumpulan protein tau di dalam struktur Pick pada otak. |
brain fog | kabut otak | Psikologi | Tiada | Sindrom pasca-COVID yang dihadapi oleh bekas penghidap COVID-19 yang menyebabkan mudah lupa, keliru dan kurang daya fokus. |
brain freeze | beku otak | Perubatan | Tiada | Rasa sakit di bahagian kepala disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang sangat sejuk. |
auditory brainstem response (ABR) | respons auditori batang otak | Sains Kesihatan | Tiada | Ujian yang dilakukan untuk mengukur respons saraf auditori terhadap rangsangan akustik secara objektif. |
memory | memori | Kejururawatan | Tiada | Keupayaan otak menyimpan dan mengenang kembali perasaan, persepsi dan impian. |
suppression | abaian | Sains Kesihatan | Tiada | Keengganan otak untuk menterjemah imej terbentuk di retina. |
encephalitis | ensefalitis | Herba | Fitoterapi | Radang pada otak akibat kecederaan atau jangkitan oleh bakteria, virus atau parasit. |
visuoperceptive capacity | kapasiti visuoperseptif | Perubatan | Psikiatri | Kebolehan otak untuk mengenal pasti objek yang konkrit dan membezakan rupa paras yang berlainan. |