fine motor skills | kemahiran motor halus | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran menggunakan otot-otot kecil sebagai penggerak utama. Contohnya, kemahiran menggunakan otot-otot kecil di bahagian tangan (fleksor karpi ulnaris) semasa acara sukan melontar dart. |
myofibril | miofibril | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur otot-otot halus yang terdapat di dalam gentian otot. Struktur ini merupakan unit penguncupan bagi tisu otot. |
myofllament | miofilamen | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur otot-otot halus yang membina miofibril. Lihat juga miofibril. |
Kegel exercise | senaman Kegel | Kejururawatan | Tiada | Senaman untuk menguatkan otot pelvik-vaginal bagi wanita yang mengalami inkontinens stres. Caranya adalah dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua paha direnggangkan dan mengempiskan otot abdomen dan mengemut otot-otot pelvis. Senaman ini juga boleh membantu menguatkan otot dan proses pelahiran. |
tendon | tendon | Kejururawatan | Tiada | Berkas serat-serat kolagen yang keputih-putihan dan liat, berfungsi untuk menyemat otot-otot ke tulang. |
Bell�s palsy | palsi Bell | Kejururawatan | Tiada | Keadaan apabila terdapat kelumpuhan saraf muka yang mengakibatkan kelemahan otot-otot muka pada satu sisi muka, disertai dengan kegagalan menutup mata sebelah muka yang terlibat. |
dyspraxia | dispraksia | Pendidikan | Tiada | Gangguan pertuturan yang berpunca daripada kecederaan pada sistem saraf yang memberi kesan kepada koordinasi otot-otot pertuturan. |
gross motor skills | kemahiran motor kasar | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran motor asas yang menjadi petunjuk kepada perkembangan biologi yang bersesuaian dengan umur kronologi. Kemahiran ini melibatkan pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, melonjak, membaling, memukul atau menangkap. Kemahiran ini melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai penggerak utama. Contohnya semasa aktiviti menendang bola, otot-otot besar di bahagian paha yang terlibat ialah kuadriseps dan hamstring. |
antigravity muscles | otot antigraviti | Sains Sukan | Biomekanik | Otot yang menentang daya graviti semasa postur badan dalam keadaan berdiri. Otot antigraviti berperanan dalam memastikan tubuh dalam keadaan tegak atau dalam keseimbangan postur. Contohnya, semasa dalam keadaan berdiri tegak, antara otot antigraviti yang terlibat ialah otot gastroknemius dan otot soleus (tumit), otot kuadriseps femoralis (paha) dan otot gluteus maksimus (pinggul). |
herbal bath | mandi herba | Herba | Fitoterapi | Kaedah mandian yang menggunakan air campuran herba. Mandi herba bertujuan untuk merangsang peredaran darah, mendapatkan kulit yang cantik dan melegakan tekanan serta otot-otot yang sakit. |