ovum | ovum | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gamet betina yang dikeluarkan dari ovari. Ovum mengandungi sebahagian bahan genetik yang akan menyumbang dalam pembentukan dan penghasilan anak. |
fertilisation | persenyawaan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses penyatuan sperma dengan ovum untuk membentuk zigot. Apabila sperma memasuki ovum, berlaku satu tindak balas yang mencegah sperma lain bersenyawa dengan ovum tersebut. Nukleus sperma dengan nukleus ovum akan bergabung dan proses persenyawaan dianggap selesai. |
pronucleus | pronukleus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Nukleus sel ovum dan sperma yang terbentuk selepas sperma memasuki ovum, tetapi sebelum berlakunya penggabungan bahan genetik antara ovum dengan sperma. |
ovulation | pengovulan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pelepasan ovum dari folikel Graaf. Pelepasan ovum ini dipengaruhi oleh pengeluaran hormon peluteinan dari kelenjar pituitari. Hormon peluteinan ini akan menyebabkan folikel Graaf pecah bagi membebaskan ovum. |
spermatozoa fertilizing capacity | keupayaan pensenyawaan spermatozoa | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kebolehan spermatozoa untuk mensenyawakan ovum. Keupayaan pensenyawaan spermatozoa ini berlaku sebaik sahaja berada di dalam organ pembiakan betina. Lazimnya, spermatozoa yang dilepaskan di dalam vagina akan bergerak ke arah oviduk untuk mensenyawakan ovum. Semasa pergerakan ini, spermatozoa akan mengalami perubahan biokimia dan akan terkapasitasi untuk mensenyawakan ovum. |
gamete | gamet | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sel reproduktif haploid matang sama ada sel germa betina (ovum) atau jantan (sperma). Gamet ini dihasilkan melalui proses gametogenesis. Cantuman antara kedua-dua gamet ini akan membentuk zigot. Sperma pada jantan dihasilkan di testis sementara ovum pada betina pula dihasilkan di ovari. Kedua-dua gamet ini mengandungi satu set kromosom haploid (n). |
acrosome | akrosom | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Membran yang menyelaputi hujung anterior kepala spermatozoa. Akrosom menghasilkan enzim lisosom dan proteolisis bagi mencerna dan menembusi lapisan zona pelusida di sekeliling ovum. Tindak balas ini membolehkan sperma menembusi ovum bagi proses persenyawaan. |
zygote | zigot | Kejururawatan | Tiada | Ovum yang telah disenyawakan dan sebelum permulaan celahan. |
ovulation | ovulasi/pengovulan | Kejururawatan | Tiada | Proses pembebasan ovum dari folikel Graaf di ovari. Biasanya berlaku kepada wanita dewasa dalam tempoh lebih kurang 28 hari. |
primary oocyte | oosit utama | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ovum tidak matang yang dihasilkan oleh ovari semasa proses gametogenesis pada haiwan betina. Sel germa betina menghasilkan sel germa primodial yang seterusnya akan melalui proses mitosis untuk menghasilkan oogonium. Semasa proses oogenesis, oogonium ini akhirnya akan menjadi oosit utama. |