Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg menghisap darah (sj lintah di darat), Haemadipsa javanica; ~ besar ark = ~ melompat ki penghisap darah (orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga yg terlalu banyak), lintah darat; ~ kenyang a) besar di tengah (badan dll); b) = cincin ~ kenyang cincin yg besar dan tebal pd satu bahagian (dipakai utk melindungi jari sewaktu memegang keris); ~ hendak menjadi ular sawa prb a) perihal orang yg hina (miskin) berlagak spt orang yg mulia (kaya); b) berangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; spt ~ melompat prb lintah darat; spt ~ (kenyang) prb perihal orang yg setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dgn tidak menunggu-nunggu dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pacat I

Puisi
 

Pergi mencari si kayu laku,
     Pacat sampai naik ke kaki;
Jangan termenung menongkat dagu,
     Kerja lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti pacat melompat.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rambutan pacatrambutan pacatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Xerospermum spp. daripada famili Sapindaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kikir buntal. Spesies utamanya Xerospermum intermedium, X. aevigatum, dan X. wallichii.. Gubal kayu rambutan pacat sukar dibezakan daripada teras kayunya dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 880 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat.
pacat (Mal)pacatKesenianTiadaPenongkat tali bagi alat rebab tali tiga, Kelantan.
cincin pacat kenyangcincin pacat kenyangKerisTiadaLihat cincin melawan.
leechwoodkayu pacatPertanianTiadaTiada
leechlintah; pacatVeterinarTiadaTiada
ukir lemetak(Ib.)ukir lemetak(Ib.)KesenianTiadaMotif berunsur haiwan berbentuk pacat, lazimnya diukir pada hulu dan sarung parang ilang.
hirudinhirudinPerubatanTiadaSejenis antipenggumpal yang bertindak sebagai antitrombin, yang terdapat di dalam rembesan kelenjar bukal pacat atau lintah.
cincin melawancincin melawanKerisTiadaPerhiasan yang berbentuk seperti cincin yang terletak di bahagian hujung hulu. Sin. cincin pacat kenyang, cincin pancar kenyang.
rambutanrambutanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Nephelium spp. daripada famili Sapindaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah lotong, pulasan, rambutan hutan dan rambutan pacat, dan di Sabah ialah kelamondoi dan meritam. Spesies utama rambutan ialah Nephelium eriopetalum, N. glabrum, dan N. lappaceum. Gubal kayu rambutan berwarna lebih muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang bercoklat kemerahan. Tekstur kayunya sederhana halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 880 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Rambutan lebih terkenal kerana buahnya, dan kayunya merupakan sumber kayu api yang baik.

Kembali ke atas