Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adult suffragehak undi dewasaSains PolitikPolitik PerbandinganHak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun.
bourgeoisieborjuisSains PolitikPolitik PerbandinganKelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas pekerja.
hellaflush tyretayar kangkangKejuruteraan AutomotifTiadaTayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar.
hellaflush tyretayar kangkangKejuruteraan AutomotifTiadaTayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar.
Wankel engineenjin WankelKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin pembakaran berputar yang menggunakan pemutar tiga sisi yang melengkung. Pemutar itu dipasang pada aci pemacu dan diletakkan dalam sebuah kebuk berbentuk oval. Pemutar ini berpusing secara malar pada satu arah dan menghasilkan keempat-empat lejang, iaitu pengambilan, mampatan, pembakaran dan ekzos. Tiga daripada keempat-empat lejang tersebut berlaku secara serentak pada suatu ketika. Sinonim enjin putar.
back electromotive forcedaya gerak elektrik balikKimiaKimia AnalisisVoltan yang terjadi pada litar aruhan disebabkan oleh arus yang berubah. Voltan yang teraruh itu mempunyai kekutuban yang berlawanan dengan kekutuban voltan yang dikenakan pada setiap ketika.
anticlimaxantiklimaksKesusasteraanTiadaPerubahan secara tiba-tiba yang berlaku di akhir sesuatu tulisan (naratif atau deskriptif) atau percakapan, daripada idea yang lebih penting atau serius kepada sesuatu yang biasa, remeh-temeh atau melucukan. Istilah ini biasanya dihubungkan dengan kesan yang dialami oleh pembaca pada ketika sesuatu kejadian atau kisah itu diharapkannya akan menjadi suatu peristiwa yang lebih menarik, lebih hebat, lebih serius atau seumpamanya, tetapi pada akhirnya yang berlaku adalah sebaliknya. Antiklimaks mungkin mendatangkan kekuatan atau kelemahan kepada sesuatu kisah, bergantung pada sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Unsur ini mungkin dilakukan secara mendadak atau dengan menyusun cerita secara perlahan-lahan dan mengubahnya daripada penumpuan dan jangkaan sebenar pembaca.
absenceketidakhadiranKesusasteraanTiadaKelompangan yang wujud dalam sesebuah teks sastera. Pada zahirnya, sesebuah teks dilihat sebagai sebuah entiti yang lengkap, tetapi sebenarnya terdapat beberapa kelompongan. Hal ini demikian kerana pemilihan perkataan oleh pengarang menyebabkan perkataan lain terpaksa dilenyapkan. Apabila terbitnya karya Pierre Macherey bertajuk Pour une Theorie de la Production Litteraire yang diterjemahkan sebagai A Theory of Literary Production, konsep ketidakhadiran ini semakin mendapat perhatian para pengkritik. Menurut Macherey, setiap perkataan yang dipilih oleh karyawan tertera dalam sesebuah teks, bermakna perkataan lain terpaksa dinyahkan. Jacques Derrida pula berpendapat bahawa setiap garapan oleh pengarang dipilih berdasarkan kehadiran khalayak dan pilihan tersebut bertujuan membawa khalayak kepada ideologinya. Perbuatan mengesan kelompangan dalam sesebuah teks merupakan strategi untuk menyelongkar ideologi teks tersebut. Sigmund Freud menamakan ketidakhadiran ini sebagai The Unconscious, iaitu penganalisis boleh membongkar psikologi di sebalik kelompongan teks. Contohnya dalam Sejarah Melayu, suara wanita tidak kedengaran. Situasi ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa wanita tidak penting dalam pembentukan kerajaan Melayu, tetapi jika diteliti, ketidakhadiran wanita tersebut akan dapat mendedahkan ideologi patriarki feudalisme ketika itu.
counter revolutionrevolusi balasSains PolitikPolitik PerbandinganRevolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus.
body conekerucut jasadMekanikTiadaKerucut yang dibentuk oleh paksi putaran ketika iaitu garis tindakan vektor halaju sudut (ω) bagi sesuatu jasad yang sedang berputar di sekitar suatu titik tetap nisbi terhadap jasad berkenaan. kerucut jasad bertangen dengan kerucut ruang di sepanjang garis tindakan vektor halaju jasad itu, dan gerakan jasad tersebut boleh diwakili oleh penggulingan kerucut jasad pada permukaan kerucut ruang yang tetap. Kerucut ini juga dinamai kerucut polhod. Lihat juga kerucut ruang.
12

Kembali ke atas