Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada pam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
net powerkuasa bersihKejuruteraan AutomotifEnjinKuasa output enjin yang dihantar ke sistem penghantaran untuk memacu kenderaan. Kuasa ini diukur dengan dinamo- meter apabila semua komponen asas dan aksesori piawai enjin dipasang. Selain komponen asas, iaitu pam air, pam minyak pelincir, pam bahan api dan sistem kawalan pancaran terbina dalam, beberapa aksesori piawai enjin seperti penapis udara, kipas enjin, peredam bunyi, pengulang-alik dan keseluruhan sistem ekzos juga dipasang pada enjin. Kuasa ini kurang daripada kuasa brek kerana sebahagian daripada kuasa brek digunakan untuk mengatasi rintangan dalam aksesori p enjin. Sinonim kuasa brek bersih.
oil strainerpenapis minyakKejuruteraan AutomotifEnjinJaringan dawai yang dipasang pada hujung tiub sedutan pam minyak pelincir. Jaringan ini digunakan untuk menghalang benda asing daripada memasuki pam minyak.
fuel pumppam bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam sistem bahan api yang berfungsi untuk mening- katkan tekanan bagi menggerakkan bahan api dari tangki ke sistem suntikan bahan api atau karburetor. Pam ini terdiri dari- pada dua jenis, iaitu mekanikal yang biasanya digunakan dalam karburetor dan dipacu oleh aci sesondol, dan menggerakkan diafragma untuk menjana tindakan pengepaman. Pam elektrikal pula terdiri daripada dua jenis, iaitu pendesak yang dijalankan oleh motor dan diafragma yang dijalankan oleh daya medan magnet.
brake boosterpenggalak brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipasang pada hujung pam induk brek untuk membantu kecekapan brek.
accelarator pumppam pemecutKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPam yang terdapat di dalam karburetor, yang bersambung dengan pecut, yang beroperasi untuk mengayakan campuran bahan api apabila pemecut ditekan pada kelajuan yang tinggi.
viscous drive fan clutchcekam kipas pemacu likatKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam kipas enjin yang menggunakan bendalir likat di antara komponen pendesak dengan komponen perumahnya untuk memacu kipas. Peranti ini dihubungkan dengan pam air melalui cekam yang dikawal secara termostatik. Keadaan ini membolehkan kipas beroperasi mengikut suhu enjin. Cekam tersebut berfungsi pada suhu tinggi menyebabkan kipas ber-putar dengan laju dan menyejukkan radiator dengan lebih berkesan. Cekam dilepaskan daripada putaran pam pada suhu rendah dan menyebabkan kipas bergerak bebas serta tidak lagi berfungsi sebagai penyejuk radiator.
diaphragmgegendangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSelaput boleh bergetar yang diikat pada satu hujung dan dipasang pegas pada bahagian tengahnya, yang digunakan dalam pam atau hon.
cylinder blockblok silinderKejuruteraan AutomotifEnjinBongkah enjin yang mengandungi satu atau lebih gerek silinder yang terletak di antara kepala silinder dengan kotak engkol. Komponen enjin seperti omboh, pelapik silinder dan pam minyak pelincir dipasang pada blok silinder untuk membentuk sebuah enjin lengkap. Sinonim blok enjin.
drive belttali sawat pacuanKejuruteraan AutomotifEnjinTali sawat yang fleksibel dan digunakan untuk menyambung- kan sebuah takal pada aci engkol sebagai pemacu kepada takal pam bahan pendingin dan takal aksesori. Terdapat dua jenis tali sawat asas, iaitu jenis polialur dan jenis V.
oil pressure indicatorpenunjuk tekanan minyakKejuruteraan AutomotifEnjinPenunjuk pada papan pemuka yang memberi panduan dan amaran kepada pemandu berkenaan tentang keadaan tekanan minyak pelincir. Penunjuk ini boleh berupa sama ada lampu amaran, tolok elektronik, paparan graf bar atau digital. Tekanan minyak biasanya dalam julat 100 kPa hingga 520 kPa yang dijanakan oleh pam minyak untuk mengalirkan minyak dalam sistem pelinciran. Apabila tekanan minyak terlalu rendah, lampu amaran akan menyala.
12

Kembali ke atas