Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.da.hal] | ڤدحال

Definisi : sebetulnya, sebenarnya, sedangkan: mengapa ia mesti jadi begitu susah ~ ayah dan ibunya orang yg berada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.da.hal] | ڤدحال

Definisi : mengikut hal yg sebenarnya; sebetulnya: Mengapa ia jadi begitu? ~, ibu bapanya orang baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata padahal

Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
verbositybahasa berjelaKesusasteraanTiadaPenggunaan kata-kata berlebihan, sehingga persoalan yang hendak disampaikan terasa sengaja dipanjangkan, padahal boleh diterangkan dengan bahasa yang padat dan mudah.
simulated autobiographyautobiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat diri sendiri yang ditulis dalam bentuk naratif. Periwayat dikatakan benar-benar wujud dan hidup dalam dunia nyata, padahal dia hanya watak fiksyen. Walau bagaimanapun, pembaca akan mengetahui bahawa karya tersebut suatu fiksyen kerana nama pengarangnya berlainan dengan nama periwayat dalam karya tersebut. Contohnya, dalam novel David Capperfield oleh Charles Dickens, watak David ialah periwayat rekaan dalam novel tersebut, sementara Charles Dickens ialah pengarang sebenarnya.
meanminPsikologiPsikologi UmumUkuran kecenderungan memusat yang dikira menggunakan rumusan matematik untuk mendapatkan purata skor. Apabila data yang diperoleh normal taburannya, maka kemungkinan min yang diperoleh menggambarkan skor yang sekata adalah tinggi. Walau bagaimanapun, min ini juga boleh memberi gambaran yang salah apabila data yang diperoleh itu banyak mempunyai pencilan. Contohnya, min ukuran ketinggian pelajar IPT Malaysia (sekiranya sampelnya mempunyai ramai pelajar luar negara) adalah sama dengan pelajar IPT United Kingdom. Padahal masyarakat mengetahui bahawa secara purata ukuran ketinggian pelajar United Kingdom adalah lebih tinggi daripada pelajar Malaysia. Oleh itu, ukuran min perlu disertai dengan ukuran lain seperti varians atau sisihan piawai.

Kembali ke atas