cortical bone | tulang kortikal | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan luar tulang yang padat dan tumpat. Tulang kortikal dikenali juga sebagai tulang padat. |
massive coral | karang masif | Sains Marin | Tiada | Karang yang mempunyai bentuk yang padat seperti bola atau bongkahan batu dengan tekstur permukaannya yang halus dan padat. Karang ini juga bersaiz besar dan dapat mencapai ketinggian dan kelebaran hingga beberapa meter. |
plush | plush | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permukaan atas tekstil atau benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat, dipotong mengikut kaedah pail atau nap yang menyerupai baldu atau fustian. Tenunan atau tekstil daripada benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat yang dipotong mengikut kaedah pail atau nap. Plush digunakan secara meluas untuk upholsteri, perabot serta digunakan untuk membuat pakaian dan topi. Plush moden dihasilkan daripada serat tiruan seperti poliester atau rayon. Plush berasal daripada perkataan Perancis iaitu peluche. |
concise | padat | Kesusasteraan | Puisi | Ketelitian dan keterampilan dalam pemilihan kata yang sesuai dan tepat dalam pembentukan baris. Contohnya, puisi 'Harapan' karya Latiff Mohidin. setiap malam kau rebahkan kau rebahkan setiap sayap mimpi ke atapnya begitu berat. |
brachyliogy | kalimat padat | Kesusasteraan | Puisi | Lihat brakiliogi. |
compact disk (CD) | cakera padat (CD) | Fizik | Nanoteknologi | Peranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera. |
heavy clay | tanah liat padat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
packed-cell volume | isi padu sel padat | Perubatan | Tiada | Isi padu sel darah merah yang telah dipisahkan dari plasma. |
compact scanning electron microscopy | mikroskopi elektron pengimbasan padat | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk mengimbas elektron dengan menggunakan voltan rendah bagi menghasilkan imej kontras permukaan pada resolusi yang tinggi. |
packed cell volume (PCV) | isi padu sel padat (PCV) | Kejururawatan | Tiada | Lihat: haematocrit |