Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ha.la] | ڤهالا

Definisi : ganjaran drpd Tuhan (kerana berbuat baik), lwn dosa: orang-orang yg bersedekah akan menerima ~ drpd Allah; berbuat ~ berbuat kebaikan; berpahala mempunyai pahala: lebih baik mati segera dgn ~ drpd hidup lama bergelumang dosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ha.la] | ڤهالا

Definisi : balasan utk perbuatan baik; ganjaran drpd Tuhan kerana berbuat kebajikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pahala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الأجرpahalaAgama IslamFiqhGanjaran yang didapati daripada Allah kerana melakukan sesuatu yang baik (kebajikan).
ندبnadbAgama IslamFiqhSunat; sesuatu jika dilaksanakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.
حق العبدhak hambaAgama IslamFiqhSeseorang hamba Allah berhak mendapat ganjaran (pahala) setelah menunaikan segala perintah Allah dengan sempurna.
parablecerita ibaratKesusasteraanTiadaCerita bersifat didaktik bertujuan untuk memberi pengajaran, mendidik soal buruk dan baik atau dosa dan pahala.
waqf prayerwakifEkonomiEkonomi IslamIndividu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf.
sadaqahsedekahPerniagaan IslamTiadaHarta yang diserahkan secara wajib atau sukarela kepada pihak lain untuk membantu pihak berkenaan dengan mengharapkan pahala daripada Allah. Contohnya, zakat, pemberian kepada mangsa banjir atau orang kurang upaya, atau derma tabung masjid.
istibdal waqfistibdal wakafEkonomiEkonomi IslamTindakan atau amalan menggantikan harta wakaf tertentu dengan harta lain. Penggantian harta wakaf boleh dilakukan sama ada melalui tukaran, jualan atau belian mengikut tuntutan syarak. Tujuan istibdal adalah untuk mendapatkan harta yang lebih baik dengan mengekalkan tujuan asal wakaf tersebut supaya pahala daripadanya terus dinikmati oleh wakif berkenaan. Segala syarat wakaf yang telah dibuat oleh wakif terhadap harta asal akan terpakai terhadap harta baru ini. Kuasa untuk melakukan istibdal wakaf diberikan kepada nazir wakaf apabila didapati harta wakaf berkenaan tidak lagi boleh dimanfaatkan akibat pelbagai faktor. Contohnya, beberapa tanah wakaf yang bersaiz kecil dan terletak bertaburan pada banyak tempat biasanya tidak boleh menghasilkan manfaat yang sewajarnya. Dengan kuasa tertentu, nazir wakaf akan melakukan istibdal dengan cara menjual tanah berkenaan dan wang hasil jualan digunakan untuk membeli sebidang tanah yang lebih luas atau lebih strategik sehingga mampu memberi manfaat yang jauh lebih baik. Walaupun tindakan istibdal ini tidak diharuskan oleh mazhab Syafii, namun Majlis Agama Islam negeri di Malaysia telah membenarkannya berdasarkan mazhab lain demi maslahat umat Islam.

Kembali ke atas