Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kéj] | ڤاکيج

Definisi : (pakéj) 1. tawaran (cadangan) yg di­kemukakan terhadap sesuatu urus niaga, per­khidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi; 2. (Komp) atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu; mempakejkan memasukkan tawaran (ca­dangan, perkhidmatan dsb) ke dlm satu pakej: semua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dlm pakej tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kéj] | ڤاکيج

Definisi : /pakéj/ 1 tawaran atau cadangan yg dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga, perkhidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi. 2 ist atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakej


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
multimedia kitpakej multimediaPendidikanTiadaPakej pembelajaran yang mengandungi bahan dalam pelbagai media tentang tajuk atau mata pelajaran tertentu dan bersepadu.
application packagepakej aplikasiPertanianAgroteknologiPakej perisian komputer yang direka khas untuk sesuatu kegunaan dalam aktiviti pertanian. Contohnya, perisian DRIS (Diagnosis and Recommendation Integrated System) yang digunakan untuk pengurusan nutrien tanaman di sesuatu kawasan dan perisian GIS (Geographical Information System) untuk menguruskan data pemetaan kawasan.
city packagepakej bandarPelanconganTiadaPakej pelancongan yang menganjurkan lawatan di sekitar kawasan bandar.
software packagepakej perisianTeknologi MaklumatPerisian1. Perisian yang dikumpulkan dalam format arkib tertentu yang mempunyai sambungan fail seperti zip, rar dan tar untuk dimuat turun dan seterusnya dipasang oleh pengguna dengan menggunakan pemasang perisian. 2. Dalam pengaturcaraan Java, sekumpulan kelas yang berkaitan dalam sesebuah atur cara dikenali sebagai pakej perisian. Contohnya, pakej Java.io yang mengandungi sekumpulan kelas atur cara Java untuk menguruskan input dan output data.
tour packagepakej melancongPentadbiran PerniagaanTiadaPakej bagi pelancongan yang termasuk kemudahan percutian seperti pengangkutan, penginapan dan persiaran.
all expense tourpakej biaya penuhPelanconganTiadaPakej pelancongan yang menawarkan harga termasuk perkhidmatan yang dibayar dahulu dan pelanggan tidak dikehendaki membayar apa-apa bayaran lagi.
fly-drive packagepakej terbang-panduPelanconganTiadaPakej pelancongan yang menggabungkan penggunaan pengangkutan udara dan darat, seperti kapal terbang dan kereta.
all inclusive packagepakej menyeluruhPelanconganTiadaHarga pakej pelancongan yang ditawarkan merangkumi semua jenis perkhidmatan.
MCP (multichip package)MCP (pakej multicip)Teknologi MaklumatTiadaPakej cip yang mengandungi dua atau lebih cip. Pada asasnya ia ialah MCM.
DIP (dual inline package)DIP (pakej dua sebaris)Teknologi MaklumatTiadaPiawai untuk pakej litar sepadu yang mengandungi dua baris selari pin arah ke bawah.
12345678910

Kembali ke atas